Lama dinantikan pengguna akhirnya OnePlus Nord telah sedia ditawarkan secara rasmi di Malaysia bermula hari ini. Pelancaran peranti kelas pertengahan kedua daripada jenama ini berjaya membuatkan orang ramai teruja menerusi spesifikasi yang ditawarkan.

Pada kali ini, OnePlus dilihat sekali lagi ingin mengulang kejayaan model-model sebelum ini dengan menawarkan spesifikasi yang hebat dengan harga yang berbaloi.

111488685_646808529262027_378008445518111390_n
Sumber: instagram Karl Conrad

Mengulas mengenai spesifikasi OnePlus Nord, model ini hadir dengan skrin 6.44-inci 90Hz AMOLED FHD+ dan dikuasakan oleh processor Snapdragon 765G. Terdapat tiga variasi model ditawarkan buat OnePlus Nord terdiri daripada 6GB RAM/64GB ruang storan, 8GB RAM/128GB ruang storan dan 12GB RAM dan 256GB ruang storan.

Menariknya, OnePlus berjaya menyertakan empat kamera dengan sensor daripada Sony. Kamera utama model ini hadir dengan sensor 48-megapixel. Kamera-kamera yang lain pula terdiri dengan kamera sudut lebar, makro serta depth. Dwi-kamera pada bahagian hadapan pula hadir dengan sensor 32-megapixel serta 2-megapixel.

Penawaran bateri berkapasiti 4,115 mAh dengan pengecasan 30W pastinya sangat membantu pengguna dalam memastikan model ini dapat dikuasakan untuk seharian penuh tanpa sebarang masalah.

oneplus-nord-12801

Terdapat dua warna yang ditawarkan buat OnePlus Nord iaitu Blue Marble dan Gray Onyx. Sekali pandang, penggunaan material serta warna yang digunakan pada model ini sangat menarik serta agak premium untuk peranti kelas pertengahan.

1. Products Price

Model ini sedia ditawarkan dengan harga RM1,799 bagi model 8GB RAM dengan 128GB ruang storan dan RM2,399 bagi model dengan 12GB dengan 256GB ruang storan beserta hadiah percuma OnePlus Buds. Sebuah harga yang berbaloi dengan rekaan serta spesifikasi yang ditawarkan.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan OnePlus Nord, anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya. Sebelum itu, jom tonton dahulu ulasan penuh kami mengenai OnePlus Nord yang berjaya dicuba oleh kami.

Kehadiran OnePlus Nord pastinya bakal menjadi pencabar kepada model-model keluaran jenama lain seperti Huawei dan realme. Klik pautan di bawah untuk mengetahui kelebihan model lain.

7 Sebab Anda Tidak Boleh Tolak Siri HUAWEI nova 7, Telefon Pintar 5G Mampu Milik Dengan Harga RM 1,499

realme X3 SuperZoom Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Bermula Daripada RM1,999