Lama dinantikan pengguna akhirnya OnePlus Nord telah dilancarkan secara rasmi pada penghujung Julai lalu. Pelancaran peranti kelas pertengahan kedua daripada jenama ini berjaya membuatkan orang ramai teruja menerusi spesifikasi yang ditawarkan.

Apa yang lebih menarik melalui pelancaran pada kali ini adalah OnePlus turut memperkenalkan OnePlus Mystery Box khas buat para peminat termasuk di Malaysia dengan harga serendah RM99 bermula 4 Ogos ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2020-08-03 at 3.58.15 PM

Menawarkan sebanyak 450 unit OnePlus Mystery Box, kotak misteri ini sedia mengandungi 2 kotak OnePlus Nord. 10 kotak OnePlus Buds, 15 kotak jaket OnePlus Nord Tyvek dan selebihnya mengandungi 423 kotak barangan eksklusif daripada OnePlud Nord.

Selain itu, para pembeli berpeluang menerima baucar diskaun RM99 untuk dibelanjakan pada OnePlus Official Store yang ditawarkan di Shopee Mall. OnePlus Mystery Box sedia dibuka jualan bermula 3 Ogos jam 11.59 malam di laman Shopee OnePlus Offical Store. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Screen Shot 2020-08-03 at 3.58.03 PM

Melihat kepada penawaran OnePlus Mystery Box, para peminat mula menjangkakan model OnePlus Nord dan OnePlus Buds bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Ketahui lebih lanjut mengenai telefon pintar terbaru daripada OnePlus iaitu OnePlus Nord yang bakal ditawarkan dengan harga mampu milik.

OnePlus Nord, Pakej Lengkap Untuk Sebuah Telefon Pintar Di Bawah RM1,500

Xiaomi Mi Smart Band 5 Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM169

Sumber