Pasti anda pernah bermain permainan video Street Fighter yang sangat ikonik dengan karakternya yang pelbagai. Kini, Onitsuka Tiger dan Street Fighter berkolaborasi dalam menghasilkan koleksi kasut edisi terhad.

Menariknya, ia menggunakan model kasut ‘Mexico 66 SD’ yang merupakan best sellerĀ Onitsuka Tiger dan terdapat dua pilihan warna iaitu putih dan kuning. Logo Onitsuka Tiger dan Street Fighter diletakkan pada tumit kasut.

Untuk pengetahuan anda, kasut ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 5,000 pasang kasut sahaja. Koleksi kasut edisi terhad ini berharga $100 (~RM699) sahaja dan ia dijangka tersedia di pasaran pada 27 Julai 2019 serta boleh dibeli secara atas talian di sini. Malah, anda juga boleh dapatkan koleksi ini di butik Onitsuka Tiger di KLCC dan Midvalley.

onitsuka Tiger x Street Fighter:vckt

onitsuka Tiger x Street Fighter:vckt2

onitsuka Tiger x Street Fighter:vckt3

onitsuka Tiger x Street Fighter:vckt4