Nota Editor: Terima kasih kepada Puan Shafinaz Mohd Saad kerana sudi menulis dan berkongsi penulisan ini melalui #yesvocket.

Operator Kilang Beli Apartment Secara Tunai

Ini kisah masa zaman silam dulu kala. Zaman saya kerja kilang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masa tu jadi eksekutif/ penyelia/ jurutera pun dah rasa hebat sangat.

kerja-kilang
Kilang di Malaysia. Gambar hiasan hak milik The Guardian.

Sehinggalah… saya jumpa seorang operator pengeluaran beli apartment secara tunai.

Kisahnya, kakak ini rajin sangat. Pantang orang lain MC, dia offer datang kerja. Pantang orang lain ada kenduri sepupu kahwin, dia sukarela overtime. Pantang ada sesiapa nenek meninggal kali ke-3, dia gantikan.

Kadang-kala siap minta, "Shafinaz, kalau ada sesiapa kata tak nak datang kerja, tak larat nak OT, beritahu akak dulu."

Hairan juga. Orang lain bagi macam-macam alasan untuk bekerja, dia sukarela ganti sesiapa sahaja.

Bila saya tanya kenapa, mula-mula tak nak jawab. Segan katanya.

"Segan apa? Ceritalah," pujuk saya.

"Saya operator saja. Nak beli rumah, gaji basic berapa saja. Nak buat loan tak lepas," jawab dia.

"Habis tu, akak buat apa?"

"Akak bayar cash lah," jawab dia. Yakin.

"Banyaknya duit akak!" jawab saya, engineer, terbeliak biji mata.

Operator kilang di depan mata ini beli rumah cash. Engineer seorang ini, nak bayar duit minyak kereta pun bajet-bajet.

"Akak buat macam mana?" tanya saya, nak tahu.

"Akak bayar sikit-sikit," jawab dia, pendek.

"Sikit-sikit macam mana?" tanya saya lagi.

Rupa-rupanya kakak si operator kilang ini tertengok ada iklan jualan apartment. Dalam harga RM60,000. Rumah under-construction atau dalam bahasa Melayunya, sedang dalam pembinaan.

Beliau berwawasan jauh. Ingin membeli apartment. Tetapi pinjaman tak lepas.

Beliau memohon kepada pemaju untuk beli tunai.

Rumah Underconstruction

Pembelian daripada pemaju, bayar ikut progress payment.

dalam-pembinaan
Pangsapuri dalam pembinaan. Gambar hiasan hak milik Mitula.

Kalau orang lain biasanya terus tandatangan borang beli rumah, dan ambil pinjaman. Pemaju kemudian akan hantar surat pembayaran mengikut progress payment dari semasa ke semasa.

Bil 10% lepas naik beam, lepas beberapa bulan naik dinding – bil lagi 10%, lepas tu lagi 5%, lagi 10% dan lain-lain mengikut apa yang berlaku di tapak pembinaan.

Pihak bank pula akan disburse duit kepada pemaju secara berperingkat mengikut progress di tapak pembinaan.

Ada pinjaman yang termanya pembeli dah kena mula bayar pinjaman sikit-sikit. Ada pula pinjaman yang termanya bank akan uruskan semua – pembeli hanya mula bayar bila rumah sudah siap handover sahaja.

Apa yang operator kilang ini buat ialah, tanpa loan bank, beliau membayar terus kepada developer setiap progress payment tersebut.

Jika apartment tersebut RM60k, 10% next payment ialah lagi 3 hingga 4 bulan. Operator ini bertungkus lumus bekerja, berhempas pulas cover OT sesiapa sahaja, supaya dia dapat cari RM6k tersebut.

Akhirnya bila rumah sudah siap, dah dapat kunci, orang lain mula sibuk bayar hutang, kakak ini pula sudah mula dapat income.

Sewa apartment tersebut sekarang RM500.

Dan itu duit sewa bersih beliau sebab tak ada pinjaman bank.

Orang lain ambil loan rumah RM60k, akhirnya kena bayar RM120-180k ikut kadar faedah entah apa-apa. Kakak ini beli rumah tanpa faedah tanpa riba'.

Berbaloi kepada pejuang dan peluang…

Siapa bijak pandai nak hidup, pandai ikhtiarkan caranya.

Bak kata-kata Micheal Crichton dalam Jurassic Park, – 'Life will find a way'.

BACA: Bagaimana Airbnb Menjalankan Bisnes Di Cuba, Negara Tunai Dan Tanpa Akses Internet?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram