Baru-baru ini, Oppo A98 5G sedia dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Model ini merupakan kelas pertengahan yang anda boleh pertimbangkan untuk dijadikan telefon daily atau pun telefon kedua.

Pada kali ini, Oppo membawakan beberapa perubahan yang menarik termasuklah dari segi rekaan atau pun spesifikasi yang ditawarkan. Selaras dengan pelancaran ini, kami diberi sebuah unit untuk digunakan dalam beberapa minggu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kegunaan seharian yang lancar

oppo a98 5g
Sumber Gambar: The Vocket

Oppo A98 5G hadir dengan skrin 6.72″IPS LCD FHD+ dengan kecerahan 680 nits berserta sokongan refresh rate 120Hz. Ini membolehkan kami menikmati paparan yang lancar dan vibran pada setiap masa.

Peranti ini dijana cip Snapdragon 695, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Jadi, pengalaman scrolling atau membuka beberapa aplikasi secara serentak boleh dilakukan dengan lancar dalam seharian.

Dengan penggunaan sistem operasi ColorOS 13.1 berasaskan Android 13, anda boleh menikmati beberapa fungsi pintar seperti menterjemah teks yang merangkumi 100 bahasa dengan satu klik dan Auto Pixelate yang berfungsi memadam informasi sensitif pada tangkap layar.

Rekaan yang premium

oppo a98 5g
Sumber Gambar: The Vocket

Memang tidak dinafikan, Oppo A98 5G berjaya mencuri perhatian kami dengan rekaannya yang tampak premium bak telefon flagship di dalam pasaran.

Selain mempunyai warna yang bagus, ia tampil dengan rekaan yang nipis dan melengkung sekaligus sedap untuk dipegang di dalam seharian. Di samping itu, bahagian belakang pula hadir dengan permukaan seperti matte yang menjadikan ia kalis cap jari.

Kamera yang pintar

Sumber Gambar: The Vocket

Dari segi fotografi pula, Oppo A98 5G ini dilengkapi dengan kamera utama 64MP sudut lebar, 2MP mikrolens dan 2MP kedalaman. Di dalam senario harian, kamera A98 ini memang boleh menawarkan gambar yang cantik jika mempunyai sumber cahaya yang mencukupi.

Anda juga boleh menggunakan teknologi AI untuk menambah baik lagi hasil gambar yang mahu ditangkap. Terdapat juga sejumlah filter yang boleh digunakan secara langsung sewaktu menggunakan aplikasi kamera yang mana boleh menjimatkan masa untuk suntingan.

Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket

Anda boleh lihat sendiri beberapa hasil gambar yang ditangkap menerusi telefon pintar Oppo terbaharu ini tanpa sebarang suntingan.

Sementara di dalam gelap pula, telefon pintar ini kekal mempamerkan prestasi yang cukup baik kerana mempunyai bantuan AI yang boleh menggurangkan noise pada gambar.

Prestasi bateri yang mantap

Sumber Gambar: The Vocket

Peranti Oppo A98 5G ini dibekalkan dengan bateri sebesar 5,000 mAh yang menjanjikan penggunaan sepanjang hari dengan lancar lebih-lebih lagi jika kalau sekadar melayari media sosial atau laman web sahaja.

Sebagai pelengkapnya, bateri ini boleh dicas penuh dengan cepat kerana adanya sokongan pengecasan pantas SUPERVOOC 67W. Di dalam ujian kami, telefon pintar ini boleh dicas daripada 40% hingga 65% dalam masa 10 minit sahaja.

Konklusinya, Oppo A98 5G ini merupakan salah satu pilihan terbaik buat mereka yang mempunyai bajet bawah RM1,500. Telefon pintar ini menampilkan prestasi yang cemerlang di dalam kegunaan seharian di samping padanan rekaan yang premium.

Sumber Gambar: Oppo

Jika anda berminat dengan Oppo A98 5G, boleh membuat pra-tempah di Shopee atau Lazada pada harga RM1,399 sahaja sehingga 18 Mei ini.

Anda berpeluang menerima hadiah percuma Oppp Band, TWS dan jaminan 1+1 tahun bernilai RM377 diberikan percuma dengan setiap pembelian. Jualan terbuka pula boleh dilakukan bermula 19 Mei 2023.