Sekiranya anda berpendapat perang penawaran RAM terbesar pada telefon pintar sudahpun tamat, anda mungkin silap. Terbaru, Oppo melalui model Find X mengumumkan bakal memperkenalkan model ini dengan penawaran RAM sehingga 10 GB.

Penawaran RAM setinggi 10 GB ini sekaligus menjadikan model yang bakal diperkenal Oppo ini sebagai telefon pintar dengan penyertaan RAM tertinggi. Dari segi processor, model ini turut dikuasakan dengan penggunaan Snapdragon 845 iaitu model terbaru daripada Snapdragon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, model ini turut dilengkapi dengan teknologi kamera hadapn tersembunyi dimana komponen kamera bakal timbul apabila diaktifkan.

Setakat ini pihak Oppo masih lagi mengumumkan bilakah telefon pintar terpantas mereka bakal mula dijual. Harap-harapnya model ini mampu menjadi telefon pintar terpantas mengalahkan beberapa jenama besar seperti Apple, Samsung dan Huawei.