Oppo Malaysia pada minggu ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Oppo F9. Kehadiran telefon pintar ini sekaligus meneruskan siri-F daripada yang memfokuskan kepada pengguna yang gemar berswafoto.

Dari segi spesifikasi, Oppo F9 dilengkapi dengan skrin besar bersaiz 6.3-inci,  MediaTek Helio P60, RAM bersaiz 6 GB dan juga ruang storan sebesar 64 GB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

4

11

Menariknya, Oppo turut menawarkan kemaskini bagi teknologi pengecasan pantas VOOC dimana para pengguna berpeluang membuat panggilan selama dua jam dengan hanya 5 minit pengecasan. Pantas bukan?

Oppo F9 bakal mula ditawarkan buat para pengguna seawal 30 Ogos 2018 ini dengan harga RM1,399. Buat anda yang berminat, untuk boleh turut membuat pra-tempahan bermula hari ini di beberapa laman terkemuka termasuk Shopee.