Memasuki pertengahan 2018, pastinya anda mulai bosan dengan trend smartphone yang mempunyai takuk atau notch. Bermula dengan Apple iPhone X, kini smartphone lain turut mengikuti jejak langkah yang sama.

Pada hari ini, Oppo telah berjaya lari daripada kebiasaan dengan memperkenalkan smartphone flagship terbaru iaitu Oppo Find X. Smartphone dengan skrin bezelless meliputi 93.8% bahagian hadapan dan yang menariknya ianya hadir tanpa notch.

oppo-find-x-980×620

Spesifikasi

Dari segi spesifikasi, Oppo Find X disertakan dengan skrin 6.4-inci 1080p. Processor yang digunakan adalah Snapdragon 845 beserta 8GB RAM dan ruang storan sehingga 256GB.

Kapasiti bateri yang disertakan adalah 3730mAh dan disertakan dengan teknologi pengecasan pantas VOOC. Rekaannya yang nipis sekaligus membuatkan smartphone ini tampak moden dan sexy.

Ciri menarik Oppo Find X

oppo_find_x_verge_1

Selain hadir tanpa notch, sebuah lagi ciri menarik yang ada pada Oppo Find X ialah bagaimana model ini berjaya menyembunyikan kameranya secara mekanikal. Anda boleh tonton video dibawah untuk penjelasan lanjut.

Kamera yang disertakan pada Oppo Find X juga tidak kurang hebatnya. Kamera belakang model ini dilengkapi dengan lensa 20-megapixel dan 16-megapixel manakala kamera hadapan disertakan dengan lensa 25-megapixel khusus buat mereka yang gemar berswafoto.

oppo-find-x-2

Setakat ini harga bagi Oppo Find X masih lagi belum diketahui bagi pasaran Malaysia. Dalam pada itu, model flagship ini bakal mula ditawarkan pihak Oppo Malaysia tidak lama lagi. Adakah ini smartphone futuristik yang anda tercari-cari.

Sumber