Mula hadir sebagai jenama smartphone yang popular dengan flagship Oppo Find 7 dan Find 7A, jenama ini nampaknya mula menjadi ramai pengguna di Malaysia dengan penyediaan pelbagai model khusus buat kelas pertengahan dan flagship. Bermula tahun lepas smartphone keluaran Oppo lebih mula dikenali dengan smartphone yang hebat dengan teknologi swafoto.

Berikutan bilangan pembeli jenama ini yang kian meningkat, syarikat yang berpengkalan di Guangdong ini telah memilih Malaysia sebagai tempat untuk merasmikan kedai pertama mereka di Asia Tenggara. Kedai yang mula dirasmikan pada 23 Julai 2017 ini kini telah beroperasi sepenuhnya di Suria KLCC, Kuala Lumpur.

20292597_716806218520189_4184808397242548189_n

20292855_716806491853495_8832768733584617825_n

Menariknya mengenai kedai rasmi Oppo ini, pengguna bukan sahaja berpeluang untuk mendapatkan produk mereka, malah servis mengukir nama diatas smartphone keluaran Oppo bagi memastikan smartphone anda tampak lebih istimewa.

Selain itu, kedai rasmi Oppo ini membolehkan para pengguna mendapatkan sejumlah diskaun atas pembelian aksesori dan produk keluaran Oppo dengan pendaftaran sebagai ahli jenama Oppo. Buat peminat Oppo diluar sana, ini kedai yang boleh anda lawati sekiranya singgah ke Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Sumber