Lima bulan selepas pelancaran Huawei P20 Pro dengan penyertaan tiga kamera, model ini masih lagi menjadi fenomena dan merupakan antara telefon pintar dengan kamera yang baik.

Nampaknya teknologi yang diperkenalkan Huawei turut menjadi ikutan beberapa jenama lain dimana Oppo baru-baru ini telah mengeluarkan teaser telefon pintar terbaru mereka iaitu R17 Pro. Model yang hadir dengan tiga kamera ini berjaya tampil unik dengna penyertaan aperture berbeza bagi membolehkan pengguna mendapatkan efek bokeh yang lebih baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan teaser yang dimuat naik, kemungkinan R17 Pro bakal turut hadir dengan teknologi pengimbas cap jari diatas skrin. Futuristik bukan?