Oppo yang mempopularkan rekaan kamera pop-up sebelum ini hadir dengan peranti baharu, Oppo Reno2 yang diumumkan secara rasmi di Malaysia semalam.

Peranti Reno2 hadir dengan skrin bersaiz 6.5″ AMOLED, dijana processor Snapdragon 730G, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Reno2 turut disokong pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0 dan port USB-C.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Quad camera pada peranti ini menggabungkan lensa 8MP + 8MP + 13MP + 2MP manakala kamera pop-up pula adalah 16MP. Fungsi 5x Zum Hibrid dan 20x Zum Digital yang hadir dengan peranti ini dilihat dapat menghasilkan gambar terbaik walaupun objek berada di kedudukan yang jauh. Anda boleh melihat review berkenaan peranti ini di bawah.

Kamera pop-up pada Reno2 ini semestinya bakal memberi keseronokan tambahan kepada pengguna disamping keunikannya berbanding peranti yang lain. Oppo Reno2 dijual di Malaysia pada harga RM2,299 dengan tawaran warna Luminous Black dan Sunset Pink. Oppo Reno2 akan mula dijual secara rasmi bermula 26 October 2019 di semua kedai konsep Oppo dan secara atas talian.

REALME 5 Pro menjadi sebutan ramai apabila peranti ini ditawarkan pada harga yang mampu milik tetapi dengan keupayaan yang hebat. Anda boleh lihat perbandingannya di sini.

Vocket Review: REALME 5 Pro vs Vivo S1, Mana Satu Yang Lebih ‘Real Deal’?

Lihat Keupayaan ‘Quad Camera’ Honor 20 Pro Yang Menakjubkan

Anda Mungkin Suka