Seperti yang mungkin ramai daripada anda sedia maklum, Huawei pada bulan lalu telah dikenakan sekatan dagangan dimana mereka kehilangan akses untuk menggunakan servis daripada Google dan Android.

Berdasarkan sekatan yang dikenakan, Huawei nampaknya sudah mempunyai pelan altenatif dimana mereka bakal menggunakan sistem operasi mereka sendiri yang dinamakan sebagai Hong Meng OS atau ARK OS.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

huawei-hongmeng-os-featured-img-2-part-2

Terbaru, Tencent mengongsikan tiga lagi syarikat telefon pintar dari China turut serta untuk mencuba sistem operasi Hong Meng OS. Hasilnya, didapati Hong Meng OS berjaya menawarkan kelancaran penggunaan sebanyak 60% lebih pantas berbanding Android.

Sistem operasi ini dilaporkan bakal mula ditawarkan pada Huawei Mate 30 atau Huawei P40 kelak. Melihat kepada ujian awal Hong Meng OS yang sudahpun berjaya menawarkan prestasi yang lebih baik daripada Android, tidak mustahil Hong Meng OS bakal menjadi pilihan utama bagi telefon pintar keluaran China khususnya di negara tersebut.

Anda Mungkin Suka