Pagi ini berbincang dengan rakan orang putih British tentang keputusan pemilihan Presiden Amerika Syarikat (United States-US) yang dimenangi oleh Donald Trump dari Parti Republican. Memang kecoh di office sebab mereka (orang putih British) tidak menyokong Donald Trump.

Apa yang menarik, ada trend yang sama jika dibandingkan dengan keputusan pilihanraya UK 2015 dan referendum EU 2016 yang berpihak kepada Brexit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bandar-bandar terbesar di US seperti New York, Los Angeles dan Chicago berpihak kepada Parti Democrat (Hilary Clinton).

Manakala kawasan-kawasan kampung dan remote dikuasai oleh Parti Republican (Donald Trump). Lihat bulatan hitam dalam gambar di atas.

Trend yang sama juga pada pilihanraya UK 2016 dan Referendum EU 2016 (Brexit).

Bandar-bandar terbesar di UK seperti London, Manchester dan Birmingham berpihak kepada Parti Buruh (Labour) dan mengundi untuk kekal (remain) dalam kesatuan Eropah (EU).

Manakala kawasan-kawasan kampung berpihak kepada Parti Konservatif (Conservative) dan memilih untuk keluar EU (Brexit).

Melihatkan keputusan pilihanraya di UK dan US, kesimpulan yang kami buat:

1. Majoriti Pengundi

Majoriti pengundi adalah orang kulit putih (white ethnic). Jadi mereka yang menentukan siapa yang akan menang pilihanraya.

2. Komposisi Penduduk

Bandar-bandar besar mempunyai komposisi penduduk yang mempunyai latar belakang bangsa dan etnik yang berbeza.

Orang putih di bandar-bandar besar lebih integrated, open, tolerate, dan bercampur dengan etnik/bangsa lain.

Jadi mereka tak termakan dengan hasutan macam ‘negara ini akan dikuasai oleh bangsa/pendatang lain’. Mereka seronok dan happily living with other ethnics.

Berbeza dengan orang putih di kawasan kampung/remote area, mereka tidak bercampur dan bergaul dengan bangsa/etnik lain.

Jadi apabila ada sentimen yang bangsa/etnik lain akan kuasai/memerintah US, mereka rasa takut dan memperjuangkan ‘white supremacy’/ketuanan orang putih.

US adalah milik orang putih. Etnik/bangsa lain perlu keluar dari US.

3. Golongan Terpelajar

Kebanyakan orang putih di bandar-bandar besar adalah dari golongan intellectual and economy-minded. Mereka bekerja dalam pelbagai sektor. Mereka adalah golongan yang kuat bekerja dan mengumpul duit.

Dalam fikiran mereka macam mana nak teruskan kehidupan, nak tambah savings dan hidup bahagia. Mereka ini tidak mudah terpengaruh apabila ada sentimen ‘white supremacy’ ini.

Berbeza dengan orang putih di kawasan kampung, mereka bekerja dalam sektor pertanian/perladangan, yang mana mereka mempunyai tanah sendiri yang luas.

Jadi apabila isu ‘white supremacy’ ini dimainkan, mereka risau negara US dikuasai oleh bangsa lain dan tanah mereka akan tergadai.

4. Golongan Orang Muda

Bandar-bandar besar mempunyai jumlah penduduk di kalangan orang muda yang ramai.

Golongan muda ini terdiri daripada pelajar dan pekerja yang sangat bergantung kepada sistem ekonomi dan sosial yang stabil, untuk mendapat pekerjaan dan naik pangkat.

Sekiranya Donald Trump menang, kemungkinan ekonomi US akan kurang stabil yang boleh mengurangkan peluang pekerjaan dan kejatuhan mata wang.

5. Bilangan Imigran/Warga Asing Yang Tinggi

Bandar-bandar besar mempunyai imigran/warga asing yang tinggi. Sebahagian daripada imigran ini telah menjadi warganegara US.

Golongan ini lebih berpihak kepada Parti Democrat (Hilary Clinton) untuk mengekang ‘white supremacy’ yang diperjuangkan oleh Donald Trump.

Apabila melihatkan senario politik di UK dan US, parti yang memerintah silih berganti. Sekejap mereka jadi kerajaan, sekejap jadi pembangkang.