Sebut sahaja kek batik, pasti anda sudah terbayang kek batik yang moist dan berlemak, bukan? Umum mengetahui, Ameera Khan iaitu adik kepada Neelofa telah menjual kek Batik LMK.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang netizen berkongsikan semula video oleh seorang pelanggan yang dimuat naik oleh Ameera di InstaStory. Dapat dilihat, tekstur Kek Batik LMK kelihatan begitu kering dan juga rapuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mempersoalkan kek batik yang dijual oleh Ameera kerana ianya bukanlah kek batik. Untuk pengetahuan anda, kek batiknya itu tidak disaluti dengan campuran butter, susu dan Milo seperti kebiasaannya.

Rata-rata netizen turut mengkritiknya kerana tidak belajar cara membuat kek batik sebelum menjualnya ke pasaran. Harga kek batik itu dijual dengan harga RM38 dan para netizen berpendapat tidak berbaloi untuk dicuba.

https://twitter.com/1kissLuz/status/1479014700729860096

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka membuat kek batik kali pertama lebih baik daripada yang di jual oleh Ameera. Malah, para netizen turut menunjukkan contoh kek batik sebenarnya yang lemak berkrim dan bukannya keras kejung seperti itu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Ini Namanya Menghina Profesion Perubatan’- Iklan SPRM Berkaitan Rasuah Terima Kritikan Netizen

‘Buat Ibadah Tapi Tipu Vaksin’ – KKM Dedah Ada Jemaah Ke Umrah Tiada Rekod Vaksin