Kisah penyanyi, To’Ki yang kini tinggal dalam keadaan serba kekurangan mula menjadi topik hangat selepas beberapa media mula melaporkan keadaan semasa beliau yang kini menetap di sebuah pondok usang.

Dengan ramai yang bersimpati terhadap nasib beliau, tidak kurang juga ada yang dikatakan menegur keluarga terutama anak-anak beliau tidak menjaga kebajikan penyanyi era 90-an itu selepas mengecapi kejayaan dalam hidup masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak mahu mereka adik beradik terus dipandang serong, anak perempuan To’Ki, Noor Hidayah akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Bermula dengan pendedahannya di media sosial yang mengatakan To’Ki mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa sejak sekian lama, beliau juga memberitahu kali terakhir mereka bertemu dengan To’Ki adalah empat tahun yang lalu.

WhatsApp-Image-2020-06-30-at-8.46.45-PM-1
Tangkap layar daripada media sosial yang dikatakan dikirmkan anak To’Ki. Gambar: Suara Merdeka

Menurut Berita Harian, pertemuan itu menurutnya berlaku ketika To’Ki hadir ke majlis perkahwinannya untuk menjadi wali.

Mengakui terkejut dengan keadaan terkini To’Ki, Nor Hidayah berkata mereka memang tidak pernah berhubung selepas ibu dan ayahnya bercerai kira-kira 16 tahun lalu.

“Ketika ibu dan ayah bercerai, saya berusia 11 tahun. Selepas berpisah, ayah menghilangkan diri daripada kami. Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.

“Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook (FB)… Itu sahaja, telefon atau mesej memang tiada,” katanya kepada BH Online.

Jawab teguran netizen kata abai bapa

Menjelaskan mengenai pendedahan yang dibuatnya sebelum ini di media sosial, Noor Hidayah menjelaskan kepada Berita Harian, ianya dibuat untuk mempertahankan diri mereka dan bukannya untuk meraih simpati.

“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

“Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap,” katanya.

Kisah To’Ki mula menarik perhatian ramai sebelum ini selepas beliau dilaporkan menetap dalam pondok usang bersama isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof di Batu 12, Gombak.

Bagaimanapun, selepas mendapat liputan meluas dari media, bekas penyanyi era 90-an itu kini dikhabarkan bakal meninggalkan pondok usang itu hasil inisatif daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang difahamkan bakal mencari tempat tinggal baru beliau dan isteri.

Selain menerima bantuan daripada pihak bertanggungjawab, To’Ki baru-baru ini juga menerima lawatan daripada pendakwah dan dermawan terkenal Ebit Liew yang tampil menghulurkan bantuan buatnya.

Berhadapan dengan kesukaran hidup di penghujung karier bukanlah perkara yang luar biasa malah artis luar negara Stephen Chow juga mengalami perkara sama sebelum ini. Baca kisahnya di pautan di bawah. 

Berdepan Masalah Kewangan, Stephen Chow Gadai Rumah Mewahnya Bernilai RM610 Juta Di Hong Kong

Tidak Tahu Dikenakan Tindakan Undang-Undang, Boy Iman ‘Tergelak’ Bila Diisytihar Muflis

Sumber