Kajian terbaru bagi menguji sifat pemurah ke atas orang gemuk dan orang kurus oleh penyelidik Jerman telah menemui jawapannya.

Orang kurus lebih bersifat kedekut berbanding orang yang mempunyai lebih berat badan aka gemuk. Malah, orang kurus lebih memilih berkongsi wang dengan orang kurus.

Hasil kajian eksperimen makmal ini telah dipaparkan dalam Journal of the Association for Psychological Science di mana orang kurus menawarkan 16% wang berbanding orang gemuk dalam permainan yang menawarkan wang kepada orang lain.

Penyelidik menulis: Data kami menunjukkan bahawa membuat keputusan berkaitan ekonomi dipengaruhi oleh kedua-dua berat badan peserta eksperimen dan berat badan lawan mereka, dan kepekatan glukosa darah perlu diambil kira apabila menganalisa membuat keputusan berkaitan ekonomi.

Ia melibatkan 20 orang gemuk (purata 120kg) dan 20 orang kurus (purata 70kg) dalam satu permainan yang merangsang tingkah laku ekonomi ini turut mendapati orang yang mempunyai tahap gula darah yang rendah lebih bersifat penting diri.

Tahap gula dalam darah yang rendah menunjukkan seseorang itu seolah-olah memihak kepada kepentingan diri dan kurang kepercayaan.

Kepekatan darah yang lebih rendah turut dikaitkan dengan rendahnya keinginan untuk membelanjakan wang ke atas apa-apa produk/perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan makanan.

Hasil kajian ini penting bagi mengkaji lebih mendalam berkaitan kesan tahap glukosa darah terhadap tingkah laku seseorang dalam menentukan keputusan kewangan seharian.