Perkataan Disleksia diambil dari bahasa Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan. Maka, orang yang ada disleksia adalah orang yang mempunyai masalah pembacaan dan penulisan (mengira, mengeja, menulis) sehingga dikatakan pelajar lembab semasa peringkat persekolahan.

Tetapi keistimewaan mereka adalah memiliki keupayaan IQ yang sama atau lebih tinggi dengan orang yang seusia dengannya. Buat pengetahuan anda, disleksia bukanlah penyakit, jadi tiada ubat yang spesifik untuknya.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Apa yang perlu dibuat adalah membantu mereka dari awal pembelajaran supaya dapat digilap keistimewaan mereka itu. Dan apa yang saya akan kongsikan ini akan menaikkan semangat anda untuk membantu mereka.

Inilah 9 orang yang terkenal di dunia yang anda tidak sangka mereka ada disleksia.

1. F. Scott Fitzgerald

penulis

Penulis novel The Great Gatsby ini pernah disingkirkan dari sekolah pada usia 12 tahun kerana tidak boleh mengeja. Dia dilahirkan pada 24 September 1896, merupakan salah seorng penulis hebat di Amerika.

2. Alexander Graham Bell

Alexander Graham Bell

Kondisi ibunya yang pekak secara perlahan-lahan sejak berusia 12 tahun telah mendorong dia mempelajari ilmu tentang bunyi akustik. Ini adalah salah satu usaha untuk dia berkomunikasi dengan ibunya.

3. Nelson Rockefeller

Rockefeller

Dia salah seorang ahli keluarga kaya bernama Rockefeller yang pernah menjadi Naib Presiden Amerika pada 1974 hingga 1977.

4. George Washington

george washington

George Washington ialah presiden pertama Amerika pada 1789 hingga 1797 yang berasal dari keluarga kaya ini mempunyai masalah mengeja di sekolah.

5. Ansel Adams

Ansel_Adams

Ansel Adams lahir pada 20 Februari 1902 bekerja sebagai jurugambar terkenal dan ahli pencinta alam. Disleksia membuatkan dia jadi lebih kreatif.

6. Henry Ford

Henry Ford

Henry Ford lahir pada 30 Julai 1863 menjadi pengasas syarikat Food Motor apabila dia berjaya membuat kereta pertama yang boleh dibeli oleh kelas pertengahan orang Amerika.

7. Andy Warhol

Andy Warhol

Andy Warhol ialah ahli seni yang mengetengahkan konsep pop art di dalam seni visual pada tahun 1960-an. Dia menghubungkan ekspresi seni, budaya selebriti dan pengiklanan. Dia juga disebut sebagai ahli seni yang penuh kontroversi.

8. William Butler Yeats

William Butler Yeats

William Butler Yeats

William Butler Yeats ialah penyajak Irish dan tokoh kesusasteraan. Dia dilahirkan pada 13 Jun 1865 dan meninggal dunia pada 28 Januari 1939. Dia penerima Hadiah Nobel untuk bidang kesusasteraan.

9. Pablo Picasso

picasso

Lukisannya menjadi sebutan ramai, Picasso atau nama sebenarnya Pablo Ruiz y Picasso yang dilahirkan pada 25 Oktober 1881, merupakan seorang pelukis, pengukir, pereka dan pembentuk seramik telah menghabiskan masa hidupnya di Perancis mempunyai sisi pandangan yang berbeza tentang seni sehingga hasil tangannya mendapat pengiktirafan dunia dan bernilai jutaan ringgit.

Anda Mungkin Suka