Nota Editor: Warkah ini ditulis oleh Tuan Nahar Adam dan dikongsi di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga warkah ini menjadi titik tolak untuk kita mendidik anak dengan cara yang lebih positif.

Fransiskus Kurniawan

Fransiskus Kurniawan

31999920281_50440647e3_b
HYPE
‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun
Baca lagi →

Masa saya kecil-kecil, saya duduk-duduk di kalangan orang-orang tua. Salah seorang orang tua berkata,

“Mustaffa (orang kampung panggil Stopa) tu bodoh. Tak pandai didik anak.”

Ayat ini dirujuk kepada ayah saya. Ayah saya ada dua nama. Nama betul Adam dan nama di kampung pula Mustaffa.

Orang tua tersebut sambung lagi,

“Kita dulu-dulu ajar anak bersungguh. Kayu tu balun belakang sampai patah. Itu baru orang panggil ajar anak. Bukan tegur sahaja.”

Saya yang masih bersekolah rendah masa itu diam sahaja. Bimbang ayah saya dengar dan guna kaedah ajaran rotan kayu begitu. Haha.

Emak saya pula banyak guna teknik puji anak. Saya berjaya baca a b c, membaca, emak pun puji,

“Bagusnya anak emak. Sudah pandai membaca. Bijak anak emak.”

Bila saya tolong atuk angkat buah durian, emak puji lagi.

“Wah! Anak emak sudah jadi orang dewasa gagah. Sudah boleh angkat barang berat-berat.”

Lalu menyampahlah sepupu-sepupu saya mendengar pujian tersebut. Hahaha.

Bagi mereka dan orang-orang tua itu, pujian kepada anak-anak menyebabkan anak-anak tidak ikhlas.

Sampai saya pun risau jika saya membesar sebagai orang tidak ikhlas akibat selalu dipuji emak.

Apabila saya sudah dewasa, baru saya tahu, Nabi juga mengamalkan teknik pujian. Iaitu buat-buat tidak nampak yang buruk dan membesar-besarkan pujian kepada perkara baik.

Dengan ini, orang yang dipuji tersebut menjadi kuat jiwa. Kuat dari dalaman dan sentiasa berenergi tinggi.

Jika Nabi sudah tunjukkan teknik Nabi berjaya melahirkan pahlawan, kenapa masih mahu guna teknik Melayu Orang-orang Tua Purba sebagai amalan?

Bengkel Mendorong Tingkah Laku Positif Anak-anak Dengan Menggunakan Teknik Nabi akan diadakan pada 21 Ogos 2015 bertempat di UUM Sintok (hubungi 012-4599327) dan 5 September 2015 bertempat di Taman Cemerlang, Gombak (daftar sini). Hubungi atau klik pautan ini untuk maklumat lanjut.

BACA: Bapa Terjun Parit Kerana Anak. Pengajaran Di Sebalik Kisah Ini Lebih Daripada Itu

BACA Juga: Perkongsian Seorang Ibu Yang Melahirkan 5 Orang Anak Huffaz Profesional (Bahagian 1)

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka