Pengalaman memandu pada waktu malam amat berbeza dengan waktu siang hari, lebih-lebih lagi apabila melalui kawasan yang tidak mempunyai tiang lampu dan hanya ditemani lampu hadapan kenderaan sendiri sahaja.

Seorang pengguna lebuh raya, Awisqarni Zulkiflee berkongsi satu rakaman video ketika dia memandu dari Exit Pedas Linggi ke arah Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam dua hari lalu telah mengundang tanda tanya netizen.

Dalam video itu, kelihatan satu susuk putih berada di pembahagi lebuh raya dalam suasana persekitaran yang sangat gelap. Susuk tersebut hanya kelihatan apabila kenderaan yang berada di lorong paling kanan menghampirinya.

“Tak pasti apa yang bertenggek dekat tepi itu. Tapi memang nampak jelas dengan mata kepala sendiri,” kata Awisqarni dalam hantaran itu.

Ramai yang bersependapat bahawa susuk yang dilihatnya itu cumalah seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugasnya merakam ‘speedtrap‘ di kawasan berkenaan.

Sumber Gambar: Facebook Awisqarni Zulkiflee

Pun begitu, ramai mempertikaikan ‘teori’ tersebut kerana jika ikut logik, agak mustahil sekali untuk nampak kelibat anggota yang bertugas duduk di dalam kawasan sangat gelap-gelita.

Nyata netizen lagi, tempat itu amat jauh daripada kawasan penempatan penduduk, jadi tidak masuk akal ada ‘manusia’ merentasi lebuh raya berkenaan.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Funtasticko.net
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Setakat artikel ini ditulis, video itu sudah pun tular dikongsikan di pelbagai platform lain dan ‘susuk putih’ itu terus menjadi perdebatan serta persoalan ramai.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini ada pihak lain yang terjumpa dengan susuk yang menjadi tanda tanya netizen. Anda boleh lihat lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lelaki Jumpa ‘Makhluk Kepala Senget’ Selepas Pulang Memancing Cetus Pertikaian Ramai

Entiti Kekal Misteri, Orang Ramai Kongsi Pengalaman Seram Semasa Lalu Kawasan Bukit Tunku

Entiti Misteri Dirakam Bertenggek Atas Lori Sampah Jadi Bualan Netizen

Sumber