Ali merupakan seorang usahawan sayuran akuaponik di kota raya Kuala Lumpur. Rutin harian seorang Ali adalah bangun seawal 5 pagi, mandi dan selesai Subuh, Ali akan menjamah roti sebelum memulakan harinya dengan bekerja.

Ali seorang yang rajin. Tak cukup dengan menjadi usahawan sayuran, bila malam tiba, Ali bertukar menjadi seorang peniaga pasta pula. Ramai yang memuji kerajinan Ali dan sifat kerja kerasnya demi mencari rezeki. Apabila ditanya mengapa begitu banyak kerja yang dibuat, jawabnya mudah sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
tumblr_mxlhbeHlSo1r11brgo1_1280 (1)
Sumber: This is Kuala Lumpur

“Dekat Kuala Lumpur ni, kalau tak kerja, tak makan,” jelasnya

Secara dasar, Ali nampak seperti baik-baik sahaja walaupun masanya dihabiskan untuk bekerja. Namun apa yang ramai tidak tahu, Ali sebenarnya sering berasa penat yang terlampau kerana tidak cukup rehat. Masakan tidak, tidur hanya empat ke lima jam sehari, beriadah jarang sekali, jumpa keluarga? mungkin menjelang Syawal nanti.

Cerita Ali ini walaupun berbeza situasi, sebenarnya sangat dekat dengan kita rakyat Malaysia, khususnya yang tinggal di kota raya ini. Tanpa kita sedari, kita juga seperti Ali, bangun pada awal pagi, kadang-kadang belum sempat nak menjamah apa-apa, terus saja masuk ke dalam kereta, hidupkan enjin dan terus ke tempat kerja.

Tanpa kita sedari juga, hidup kita yang dulunya dipenuhi aktiviti lain seperti meluangkan masa bersama rakan dan keluarga, sudah makin kurang. Rutin harian kini hanya bangun dan kerja. Mana pergi keseimbangan kerja dan masa sendiri?

Orang Malaysia terlebih kerja?

7
Sumber: mohd juhary

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang negara-negara yang mempunyai keseimbangan kerja paling baik. Berdasarkan satu kajian yang di buat oleh Kisi, pakar keselamatan dari Amerika Syarikat, Malaysia berada di tangga keempat dalam senarai negara yang kerja secara berlebihan mengalahkan Tokyo di tangga kelima.

Berdasarkan laporan The Star, penduduk Kuala Lumpur dikatakan mempunyai masa kerja paling lama dan majoriti daripada rakyat Malaysia yang bekerja pula menghabiskan masa mereka untuk berulang-alik dari tempat kerja ke rumah.

SUMBER: KISI

Budaya kerja secara berlebihan ini dilihat seperti satu norma dikalangan rakyat kita. Janggal rasanya bagi sesetengah orang untuk menghabiskan masa membuat perkara santai.

Pada tahun 1817, keseimbangan kerja yang dikatakan ideal adalah 8 jam di mana manusia harus bekerja selama 8 jam, beriadah selama 8 jam dan berehat selama 8 jam. Kesimpulan ini dibuat oleh Robert Owen, seorang aktivis buruh.

photo-1519389950473-47ba0277781c
SUMBER: UNSPLASH

Akan tetapi, seiring dengan perubahan ekonomi dan dunia yang kini melangkah ke arah globalisasi, kesimpulan tersebut mungkin dilihat tidak relevan lagi. Oleh disebabkan waktu kerja yang tidak menentu, ramai dari kalangan kita yang rasa burnout atau mengalami rasa penat yang melampau.

Para saintis memberi kesimpulan bahawa waktu kerja yang ideal bagi manusia ialah selama 6 jam. Waktu kerja ini dipraktikan di Sweden, negara yang mendapat tempat ke sembilan dalam senarai negara yang mempunyai keseimbangan kerja yang terbaik.

Baru-baru ini, saya sempat bertanya rakan-rakan di akaun peribadi Instagram tentang waktu bekerja mereka. Rata-rata dari mereka menjawab mereka menghabiskan masa selama 7 jam dalam sehari untuk bekerja dan ada juga yang bekerja sehingga 12 jam dalam sehari.

photo_2020-11-17_15-17-03

Bila ditanya lagi jika mereka menyambung kerja apabila berada di rumah, majoriti dari mereka menjawab ‘ya’ kepada soalan tersebut.

Akan tetapi, berapa lamakah sebenarnya rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang tinggal di kota raya Kuala Lumpur ini bekerja dalam sehari?

Saya juga sempat bertanya kepada rakan-rakan jika mereka merasa bahawa mereka mempunyai keseimbangan kerja yang baik. Seperti yang dijangka, majoriti daripada mereka menjawab “tidak” pada soalan tersebut.

photo_2020-11-17_15-17-02

Melihat kepada work culture rakyat Malaysia, ternyata ramai dari kita tidak lah malas tapi sebaliknya, terlebih bekerja.

Kesan apabila terlebih bekerja

mengelola.beban_.kerja_.intipesan

Apabila kita terlebih bekerja, ia seperti membuka pintu kepada bermacam masalah kepada diri sendiri. Mungkin bukan dalam jangka masa yang singkat tetapi kesannya tetap akan dirasai.

Antara kesan yang boleh dilihat ialah masalah kesihatan dari segi mental dan fizikal. Menurut data yang dikumpul dari Bulgaria, Croatia, Greece, Macedonia, Portugal, Romania dan Turkey, masalah burnout dilihat sebagai punca kepada seseorang untuk mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak cukup tidur dan memakan makanan yang tidak berkhasiat.

Selain daripada itu, mereka yang terlebih bekerja juga sangat mudah untuk diserang stress akibat kekurangan tidur dan juga tekanan dari kerja.

Oleh sebab itu, sebagai langkah untuk menjadi manusia yang lebih sihat, kita haruslah mengawasi jadual kerja kita. Ingat, bekerja lebih masa tidak selalunya memberi gambaran bahawa kerja itu akan menjadi lebih berkualiti.

Baru-baru ini ramai dari rakyat Malaysia yang kehilangan kerja kerana COVID-19, klik pautan di bawah untuk membaca.

Hilang Kerja Di Awan Biru, Bekas Pramugari Ini Cuba Nasib Jual Nasi Kukus Demi Cari Rezeki

Kecewa Dan Tertekan Diberhentikan Kerja, Bekas Pengurus Maut Selepas Rempuh Kilang