Teknologi holografik yang dikawal oleh ‘artificial intelligence’ (AI) ini membolehkan seorang wanita yang telah meninggal dunia berinteraksi dengan ahli keluarga mereka berkabung di hari pengebumiannya, lapor BBC.

Chatbot holografik ini direka bentuk untuk kelihatan seperti sebuah interaksi video, di mana si mati akan muncul di skrin semasa upacara pengebumian, menyapa mereka yang berkabung dan mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepadanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Teknologi ini dibangunkan oleh Stephen Smith untuk ibunya, Marina Smith MBE. Dia ingin mencipta perbualan holografik yang membolehkan ibunya hadir di pengebumiannya sendiri.

Marina meninggal dunia pada Jun 2022 dan upacara pengebumiannya diadakan sejurus selepas dia meninggal dunia di Nottinghamshire, England. Semasa hayatnya, Marina bekerja sebagai aktivis Holocaust, tugasnya adalah menyampaikan pemahaman dan pendidikan kepada orang ramai tentang Holocaust.

Keluarga Marina berharap mesej yang pernah Marina Smith sampaikan semasa hidupnya akan terus disuburkan walaupun selepas kematiannya, dan teknologi holografik yang dipasang semasa perarakan pengebumiannya telah membolehkan beliau untuk meneruskan perjuangan beliau.

Dalam teknologi itu, Stephen Smith menggunakan StoryFile, bot perbualan AI yang menggunakan 20 kamera serta rakaman subjek yang berbeza untuk mencipta klon holografik digital yang boleh berinteraksi dengannya. Ia juga dikuasakan oleh AI, di mana setiap soalan yang ditanya dapat dijawab dengan seolah-olah ia adalah jawapan Marina sendiri.

Untuk menghasilkan ini, subjek telah ditemu bual dan ditanya dengan pelbagai  soalan tentang kehidupan mereka semasa hidup. Data tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam StoryFile, dan secara automatik akan memilih rakaman yang sesuai untuk dimainkan apabila menjawab soalan yang ditanya.

Dengan cara itu, AI tidak menjawab soalan tetapi hanya mengenal pasti isyarat yang diberikan oleh penonton dan memilih jawapan yang sesuai.

Smith berkata dia tidak menjangkakan teknologi ini akan menggantikan Marina sepenuhnya, kerana manusia adalah makhluk yang kompleks. Walau bagaimanapun, orang ramai boleh menggunakan StoryFile supaya pada masa hadapan mungkin terdapat lebih banyak hologram orang yang telah meninggal dunia.

Lihat bagaimana ‘virtual reality’ temukan ibu dan arwah anaknya dalam situasi penuh emosi. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Bagaimana ‘Virtual Reality’ Temukan Ibu Dan Arwah Anaknya Dalam Situasi Penuh Emosi