Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pengasas Amazon Jeff Bezos telah mengumumkan rancangan untuk bersedekah sebahagian besar daripada kekayaan yang bernilai £107 bilion.

Artikel Berkaitan:

Dia yang berusia 58 tahun itu mengumumkan hasratnya itu dalam satu temu bual baru-baru ini. Jeff berkafa bahawa dia mahu menderma sebahagian besar wangnya selepas memperoleh berbilion-bilion sejak 1994.

Derma itu akan disalurkan kepada persatuan bukan kerajaan yang mahu memerangi perubahan iklim, serta persatuan yang menjaga kebajika sesama manusis.

Bercakap kepada CNN, Bezos dan teman wanitanya, Lauren Sánchez, berkata pasangan itu tidak mempunyai masalah jika sebahagian besar wang mereka disedekahkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Bagaimanapun, Bezos menolak dalam temu bual untuk memperincikan peratusan tertentu kekayaannya atau mengenal pasti ke mana ia akan didermakan.

Bezos dan Sánchez turut komited untuk menderma $10 bilion, yang menyumbang kepada hanya lapan peratus daripada nilai bersih semasanya, kepada Dana Bumi Bezos.

Dana itu didermakan dengan tujuan untuk menjaga dan mempertahankan kehidupan di Bumi daripada kesan perubahan iklim.

Berita mengenai keputusan Bezos datang selepas dia dan Sánchez menganugerahkan Dolly Parton dengan hadiah $100 juta untuk usaha dermawannya.