Kompaun berharga 10,000 menanti orang ramai yang didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan bermula 11 Mac nanti, lapor Sinar Harian.

Perkara ini difahamkan telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, menurut laman Pejabat Peguam Negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.

Manakala bagi syarikat pula, jika didapati bersalah melakukan kesalahan yang sama boleh dikenakan kompoun sebanyak RM50,000.

Mengambil kira situasi semasa, harga kompoun ini dinaikkan bertujuan untuk meminda Akta 342 atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit yang dibuat pada tahun 1988.

Komen orang ramai

Laporan berita ini sebenarnya sudah mula heboh sejak bulan lalu lagi di mana Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun dinaikkan kerana ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Bagaimanapun, melalui beberapa komen yang dibuat oleh warganet, kebanyakan daripada mereka menyuarakan rasa tidak senang dengan harga kompoun yang tinggi.

“Tak perlulah sampai 10k, macam zalim sangat. Setakat 1k pun dah memadai. Setiap manusia kadang-kadang akan melakukan kekhilafan. Sepatutnya kita mendidik dan memperkasakan dengan cara lain. Bukan cara kompaun tinggi-tinggi,” kata salah seorang netizen.

https://twitter.com/SaifulAfiq2303/status/1364974260956012547

Manakala seorang netizen di Twitter mempersoalkan bahawa jika seorang pelajar universiti atau kumpulan B40 dikenakan kompoun, bagaimana dia mahu membayar denda sebanyak itu.

Sebahagian daripada mereka pula ada yang mempersoalkan adakah kompoun ini akan bersifat menyeluruh atau berat sebelah.

“Pada aku tekanan yang rakyat sedang hadapi sekarang sudah pun berat jangan la dibebankan lagi dengan kompaun yang akan membebankan lagi kerana rakyat biasa cukup ‘senang di dapati berrsalah’ berbanding dengan golongan vip,” kata netizen di laman Facebook.

Manakala salah seorang pengguna Twitter menyatakan denda RM1,000 sebelum ini sudah cukup memberi kesan kepada mereka yang kehilangan kerja, manakala denda yang tinggi tidak akan meningkatkan kepatuhan orang ramai terhadap SOP.

Namun disebalik ramai yang tidak setuju dengan peningkatan denda ini, ada kumpulan yang merasakan bahawa ia adalah sesuatu yang wajar untuk dilakukan bagi membendung penyebaran wabak COVID-19.

Kata mereka, langkah ini baik untuk membantu orang ramai dalam mematuhi standard prosedur kesihatan dan mendidik mereka betapa pentingnya untuk mematuhi arahan ini.

Kesan PKP 2.0 kepada ibu bapa, ada yang terpaksa pinjam Ah Long untuk beli gajet PdPR. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kesan PKP 2.0 Kepada Ibu Bapa, Ada Yang Terpaksa Pinjam Ah Long Untuk Beli Gajet PdPR