Pandemik COVID-19 telah memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat Malaysia. Ada yang dibuang kerja dan ada juga yang terpaksa menutup perniagaan yang telah dijalankan bertahun-tahun.

Tetapi itu bukan akhir sebuah perjalanan dan beruntunglah orang-orang yang mahu mengubah hidup mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, sesi temuduga terbuka di perusahaan produk minuman Shuib Sepahtu mendapat sambutan yang luar biasa dan dihadiri hampir 300 pencari kerja yang kebanyakannya adalah mereka yang menerima kesan ekonomi semasa COVID-19.

Walaupun syarikat hanya mahu mengupah kira-kira 100 orang sahaja, calon dilaporkan terpaksa beratur panjang sehingga tiga kilometer bagi menjaga penjarakan sosial pada sesi temuduga yang berlangsung dua hari, mulai Rabu lalu.

Shuib dalam satu kenyataan berkata bahawa dia tidak sangka sama sekali bahawa sesi temuduga itu mendapat sambutan yang luar biasa kerana ia hanya dihebahkan di laman sosial.

Ibu pejabatnya di Puchong menerima hampir 300 calon yang ingin mencuba nasib. Melihat situasi ini, Shuib akui bahawa dia bertambah terharu apabila menyedari bahawa bukan sahaja calon ini datang dari Kuala Lumpur, malah dari negeri lain.

Bercakap kepada Berita Harian, Shuib mengakui bahawa kebanyakan calon yang datang temuduga adalah mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

Dia menambah bahawa dia memahami perasaan calon yang hadir ke temuduga, “Datang temuduga jauh-jauh tapi tidak dapat. Apabila melihatkan kesungguhan mereka, hati jadi sayu,” kata Shuib kepada Berita Harian.

“Kalau boleh, saya mahu mereka semua diberi kerja tetapi apakan daya, peluang terhad. Saya doakan urusan mereka dipermudahkan dan diperluaskan rezeki,” katanya.

Teradahulu, PERKESO meramalkan lebih ramai rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja menjelang suku akhir tahun 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

PERKESO Ramal Rakyat Malaysia Hilang Kerja Akan Meningkat 200% Pada Suku Akhir 2020

Mahu Rakyat Lebih Produktif, Parlimen Singapura Cadang Perkenalkan Sistem 4 Hari Kerja

Juliana Evans Diundi 100 Wanita Tercantik Dunia, Atasi Taylor Swift Dan Emma Stone

Sumber