Ada segelintir pengguna jalan raya cukup ‘berani’ berhenti lalu turun daripada kenderaan untuk mengangkat objek yang terjatuh daripada kenderaan lain walaupun keadaan lalu lintas agak sibuk ketika itu.

Baru-baru ini orang ramai berasa cemas apabila melihat rakaman video yang dikongsikan di TikTok seorang rider cuba mengalih tilam dan serpihan tayar lori daripada jalan raya yang sedang bertali-arus dipenuhi oleh kenderaan lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@nizam_rider_tv_shop

Tilam Di Tengah Lebuhraya #fypシ #fypシ #Fyp #fypシ゚viral #fypmalaysia🇲🇾

♬ original sound – Nizam Rider Tv – Nizam Rider Tv || Shop

Ramai yang memuji tindakan rider tersebut kerana ‘bertaruh nyawa’ untuk mengalihkan objek-objek yang terbiar di atas jalan raya itu. Namun lebih ramai yang risau tentang keselamatannya serta pengguna jalan raya yang lain.

Tambah orang ramai lagi, mana-mana pengguna jalan raya yang mahu ‘membantu’ mengalihkan sebarang objek yang ada di atas jalan raya sebaiknya menghubungi pihak peronda untuk mengawal keadaan lalu lintas supaya tidak berlaku perkara sebaliknya.

@nizam_rider_tv_shop

Tayar Lori di Tengah Lebuhraya ELITE #fypmalaysia🇲🇾 #fypmalaysia🇲🇾 #fypシ゚viral #fypシ #fypシ #MalaysiaDiHatiku

♬ original sound – Nizam Rider Tv – Nizam Rider Tv || Shop

Sumber Gambar: TikTok @nizamridertv_starboss
Sumber Gambar: TikTok @nizamridertv_starboss
Sumber Gambar: TikTok @nizamridertv_starboss

Menurut rider tersebut dia berbuat sedemikian kerana sementara menunggu bantuan daripada pihak peronda sampai, pasti akan ada kemalangan berlaku akibat pengguna jalan raya lain melanggar objek-objek terbabit.

Jadi dia membuat tindakan pantas serta berhati-hati dalam proses mengalihkan objek-objek yang terjatuh dan terbiar di atas jalan raya tersebut.

Walaupun tindakkan tersebut baik serta betul, diharapkan agar pengguna jalan raya lain tidak bertindak terburu-buru apabila melihat sesuatu objek di atas jalan raya dan segera menghubungi pihak peronda dalam membantu mengalihkannya kerana keselamatan diri sendiri juga amat penting.

Di Putrajaya pula, orang ramai cukup risau dengan penunggang basikal yang cukup berani menggunakan jalan raya sebagai laluan utama mereka. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Selamba Kayuh Di Lorong Tengah, Aksi Bahaya Dua Penunggang Basikal Ini Ditegur Netizen

Orang Ramai Kecam Pemandu MPV Mewah Memotong Di Garisan Berkembar