Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) telah memasuki hari ketujuh, namun beribu orang telah keluar dari Pulau Pinang melalui jambatan walaupun polis telah mengetatkan kawalan jalan raya.

Tindakan ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila kebanyakkan daripada mereka telah ditahan oleh pihak polis yang melakukan sekatan jalan.

Polis juga telah melarang mana-mana pemandu untuk keluar dari Pulau Pinang kerana tidak mempunyai sebab yang kuat untuk berbuat demikian. Namun terdapat juga beberapa pemandu yang dibenarkan untuk menyeberang.

George Town OCPD Asst Comm Soffian Santong berkata bahawa sekatan jalan raya iniĀ  bertujuan untuk memastikan bahawa semua orang mematuhi perintah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

“Kami berharap agar orang ramai boleh mematuhi peraturan dan menahan diri dari keluar ke mana-mana tanpa sebab yang sah.”

doc79tnwlyt9lt5w7b0ijx
The Star

“Tinggal di rumah, mungkin dengan melakukan itu, kita boleh sekurang-kurangnya meminimumkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Seorang kakitangan sebuah organisasi penyelidikan di Batu Maung memberitahu The Star bahawa beliau telah terbabit dalam kesesakan lalu lintas selama hampir dua jam.

“Biasanya, saya hanya mengambil masa 30 minit untuk tiba di tempat kerja saya.”

“Sekatan jalan dari Tesco Egate ke persimpangan menuju ke tanah besar atau Bayan Lepas,” katanya, sambil menambah bahawa dia sampai di pejabatnya pada pukul 10.40 pagi.

Malaysia telah mencatatkan 14 kematian akibat COVID-19, manakala lebih 1,000 orang dijangkiti wabak ini. Di peringkat global pula, Itali mula mendahului China apabila merekodkan kematian tertinggi dengan 5,476 orang telah terkorban di sana.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

foodpanda Sahkan Terdapat Kes COVID-19 Di Kalangan Kakitangan Pejabat Korporat

Adakah Ini ‘Wajah’ Sebenar Wabak COVID-19 Yang Dibesarkan Sebanyak 2,600 Kali?

Sumber