Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) meminta semua pemegang polisi, insuran atau takaful untuk menyemak semula perlindungan polisi mereka bagi memastikan harta mereka diinsurankan daripada bencana banjir.

Tambah PIAM dan MTA lagi, bencana banjir merupakan perlindungan pilihan di bawah sijil polisi kebakaran dan motor standard. Kedua-dua pihak memberikan jaminan kepada semua pemegang polisi dan sijil bahawa ahli mereka bersedia untuk memberikan bantuan kepada semua pemegang yang terjejas dalam insiden banjir baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Setiap pemegang polis dan sijil dinasihatkan untuk menghubungi perantara, penanggung insuran atau pengendali takaful masing-masing bagi mendapatkan nasihat dan penjelasan lanjut.

“Skop perlindungan, terma dan syarat termasuk langkah-langkah bantuan yang diberikan oleh sesebuah syarikat insuran atau pengendali takaful mungkin berbeza dengan yang lain.

“Jadi sebaiknya mereka dinasihatkan bagi menghubungi penangung insuran atau pengendali takaful mereka,” kata persatuan tersebut.

Memetik satu laporan Bernama, PIAM dan MTA juga memberikan jaminan ahli mereka turut bersedia dalam meminimumkan kesan kewangan melalui proses tuntutan yang dipercepatkan termasuklah pertimbangan khas berdasarkan kes demi kes.

Pemegang polisi dan sijil perlu menyemak dengan penanggung insuran atau pengendali takaful bagi memastikan polisi atau sijil mereka telah dimasukkan dengan perlindungan banjir dan mereka perlu memaklumkan ejen atau perantara dengan butiran kerugian.

“Untuk proses tuntutan yang dipercepatkan, pemegang polisi dan sijil juga perlu menyediakan maklumat lengkap termasuklah semua dokumentasi sokongan dan gambar yang berkaitan kepada pengedali takaful penginsuran.

“Seterusnya, bergantung kepada tahap kerugian, penanggung insuran atau pengendali takaful anda boleh melantik pelaras kerugian bebas untuk membantu anda memfailkan tuntutan,” kata persatuan itu lagi.

PIAM dan MTA juga mengingatkan pemegang polisi serta sijil yang tidak terjejas oleh banjir untuk mengambil masa bagi mengkaji semula perlindungan mereka memandangkan benca alam seperti banjir mungkin akan berlaku lebih kerap ekoran kesan krisis iklim yang sedang melanda dunia ketika ini, lapor Bernama.

Lapar dan terdesak untuk teruskan kehidupan, sebuah cawangan Mydin telah dipecah masuk oleh mangsa banjir di Taman Sri Muda. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lapar Dan Mahu ‘Survive’, Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda Terpaksa Pecah Masuk Kedai Serbaneka

‘Saya Halalkan Perbuatan Mereka’- Pengarah Urusan Jawab Isu Mydin Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir

Perodua Tawar Pemeriksaan Percuma, Diskaun Dan Rebat Untuk Kenderaan Mangsa Banjir

Sumber