Pada tengah pagi semalam akaun Instagram Info.Semasa telah memuat naik satu rakaman video kemalangan berlaku di hadapan Crystal Crown Hotel, Johor Bahru yang dikongsikan oleh salah seorang pengikut akaun terbabit.

Rakaman video tersebut menunjukkan seorang penunggang motosikal dirempuh sebuah kenderaan dipercayai Honda City setelah pemandu Toyota Hilux ‘memancung’ masuk ke selekoh dari lorong ketiga jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CVI7-ItBfxo/

Ketika Honda City yang berada di lorong kedua sedang bergerak menuju ke hadapan menghampiri kawasan selekoh jalan, secara tiba-tiba sebuah Toyota Hilux yang berada di sebelah kiri Honda City terbabit membuat selekoh hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit berlanggar di tengah jalan.

Impak daripada pelanggaran itu telah menyebabkan Honda City tersebut hilang kawalan sehingga merempuh penunggang motosikal yang sedang menunggu lampu isyarat di laluan bertentangan.

Insiden tersebut telah mengundang kecaman para netizen kepada pemandu Toyota Hilux terbabit yang bukan sahaja menyalahi undang-undang jalan raya, bahkan telah menjadi punca kepada kemalangan yang melibat dua buah kenderaan yang tidak bersalah.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Instagram @careta_malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Instagram @info.semasa

https://twitter.com/aiddiii/status/1449934448263270405?s=20

Pada masa sama ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana dengan keadaan penunggang motosikal yang kelihatan agak teruk setelah dirempuh oleh Honda City tersebut. Namun, tiada info lanjut diterima setakat artikel ini ditulis.

Andaikata pemandu Toyota Hilux tersebut berada di lorong yang betul atau membuat pusingan-U di jalan hadapan, pasti kejadian tersebut tidak berlaku dan tiada sesiapa pun akan tercedera.

Lihat rakaman sebuah kereta Subaru nyaris kemalangan setelah kenderaan itu terbabas ketika mahu mengambil selekoh di Genting Highlands melalui pautan di bawah.

Terbabas Ketika Naik Genting Highlands, Pemandu Subaru Berjaya Kawal Kenderaan Raih Perhatian

Perlis Rekod Peningkatan Pemandu Langgar Lampu Isyarat Sejak Rentas Negeri Dibenarkan

Pemandu Myvi Terkejut ‘Disambut’ Meriah Semasa Rentas Negeri Ke Melaka

Sumber