Segelintir pemilik MPV mewah mempunyai ‘ego’ tersendiri sehingga mereka ‘berani’ berbuat apa sahaja semasa menggunakan jalan raya yang menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa mengalah dan memberi laluan kepada mereka.

Baru-baru ini tular satu video sebuah MPV dirakam memotong barisan semasa pengguna jalan raya lain sedang menunggu lampu isyarat bertukar menjadi warna hijau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lelaki yang berkongsi video berkenaan mendakwa MPV tersebut adalah milik seorang ahli parlimen yang baru sahaja dilantik memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemandu MPV ketika waktu itu kerana menyusahkan pengguna jalan raya lain apabila kereta tersebut memotong di garisan berkembar, beberapa kereta dan lori dari arah bertentangan terpaksa menghimpit ke tepi jalan untuk memberikan laluan kepada MPV tersebut.

https://twitter.com/karmilanazar/status/1442296160853524484?s=20

Pada masa yang sama, netizen-netizen juga meminta pihak berwajib mengenakan hukuman sewajarnya terhadap pemandu MPV ketika waktu kejadian kerana kesalahannya telah terakam di dalam video yang tular ini.

Menurut JPJ, memotong di garisan berkembar berisiko menyebabkan kemalangan, membahayakan diri sendiri dan orang lain. Setiap pemandu yang melakukan kesalahan sedemikian boleh didenda sebanyak RM300.

Dalam artikel lain, sebuah kereta Honda HR-V dirakam menghimpit kenderaan lain serta merempuh palang tol kerana kerana mahu lalu secara percuma. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Didakwa Mahu Lalu Secara Percuma, Pemandu Honda Ini Nekad Rempuh Palang Tol

Selamba Kayuh Di Lorong Tengah, Aksi Bahaya Dua Penunggang Basikal Ini Ditegur Netizen