Sejak sempadan negara dibuka pada 1 April lalu, orang ramai sudah bebas untuk keluar masuk Malaysia dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Ada yang datang ke negara ini untuk bercuti, tidak kurang juga ada yang datang untuk tugasan kerja.

Pada hari semalam warganet mula berkongsi gambar dan video pemandu F1 Mercedes AMG Petronas yang juga tujuh kali juara dunia Formula 1 (F1) Sir Lewis Hamilton berada di Kuala Lumpur bersama rakan sepasukan baharu, George Russell.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedua-dua ikon lumba kereta F1 itu didapati berada di beberapa tempat berbeza bagi menyempurnakan jemputan mereka ke negara ini. Kehadiran mereka mula diketahui ramai apabila tular beberapa gambar dan video mereka berdua sedang melakukan penggambaran di Stesen Minyak Petronas Penchala Link.

Kemudiannya warganet juga berkongsi gambar serta video di mana mereka bertemu kedua-dua pelumba itu di KLCC selepas Lewis dan George baru selesai menghadiri beberapa acara yang ada di lokasi berkenaan. Salah satu acara itu dianjurkan oleh Sabah Creative Economy and Innovation Centre dan Lewis merupakan salah seorang tetamu jemputan untuk acara tersebut.

Kedua-duanya juga dilihat berada di dalam Dewan Filharmonik Petronas dan terdapat sebuah kereta F1 Mercedes AMG Petronas diletakkan di ruang lobi bangunan tersebut.

https://twitter.com/scuderiacourt/status/1513465602501132289?s=20&t=RbOX1EjtPuu6Ke7yyvYaKw

@njwamin

What a day! Met my F1 driver, George Russell today!😭❤️ @mercedesamgf1 #formula1 #formulaone #georgerussell #mercedesamgf1 #lewishamilton

♬ As It Was – Harry Styles

@benedict_stephen

OH MY GODDD!!! #f1 #georgerussell #lewishamilton #mercedesf1 #f1tiktok #klcc #petronasmotorsports

♬ original sound – osFUU – osFUU

Dalam banyak-banyak perkongsian ramai, ada satu gambar yang mencuri tumpuan ramai apabila Lewis dilihat sedang duduk di atas kerusi plastik yang sering digunakan oleh para peniaga tepi jalan semasa penggambaran di stesen minyak Petronas.

Sehinggakan orang ramai membuat jenaka bahawa kerusi plastik itu kini sangat bernilai harganya kerana pernah diduduk oleh tujuh kali juara dunia Formula.

Memetik portal The Vibes, sumbernya memaklumkan Lewis dan George datang ke Kuala Lumpur untuk ‘Petronas Welcome Home Programme’ dan masing-masing akan berlepas ke destinasi seterusnya pada malam semalam dan hari ini.

Salah seorang pelawat hotel berhampiran KLCC sempat merakam detik-detik Lewis dikerumi peminat-peminat yang menunggunya di pintu utama hotel semasa beliau mahu masuk ke kereta untuk pulang dari negara ini pada malam semalam.

Pada pertengahan Disember tahun lalu, Lewis Hamilton terima anugerah kesatria yang membawa gelaran ‘Sir’ oleh Putera Charles. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lewis Hamilton Jadi Pemandu Formula One Keempat Terima Anugerah Kesatria

Lewis Hamilton Koyak Tewas Gelaran Dunia, ‘Unfollow’ Semua Orang Di Instagram