Bagi penduduk tempatan sekitar Johor Bahru, pasti anda cukup kenal dengan sebuah kereta Mercedes-Benz SLK dipandu secara pelik dan berbahaya. Menurut orang ramai, mereka sentiasa ternampak pemandu itu membuka bumbung dan meletakkan tangan di luar semasa kereta bergerak.

Lebih membimbangkan lagi apabila pemandu terbabit sering kelihatan memotong kenderaan lain dan menukar lorong secara tiba-tiba tanpa memberikan lampu signal. Adakalanya, pemandu tersebut selamba melepaskan tangannya daripada stereng kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Majoriti yang meninggalkan komen di hantaran asal video iniĀ menyatakan mereka tidak selesa serta cukup risau jika ternampak Mercedes tersebut di atas jalan raya kerana ada potensi boleh terlibat kemalangan sekiranya berselisih dengan kereta itu.

Namun ada sebahagian kecil netizen yang berpendapat ‘selagi tidak kacau orang, tidak mengapa’. Tetapi pendapat tersebut disangkal orang ramai kerana jika berlaku kemalangan sudah pasti ia menyusahkan ramai pengguna jalan raya lain.

Sumber Gambar: Facebook Gerai Ikan Geng Sedili
Sumber Gambar: Facebook Gerai Ikan Geng Sedili
Sumber Gambar: Facebook Gerai Ikan Geng Sedili
Sumber Gambar: Facebook Gerai Ikan Geng Sedili
Sumber Gambar: Facebook Gerai Ikan Geng Sedili
Sumber Gambar: Facebook Gerai Ikan Geng Sedili
Sumber Gambar: Facebook Gerai Ikan Geng Sedili

Setakat artikel ini ditulis, ruangan komen hantaran video tersebut masih lagi dibanjiri dengan orang ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing. Bimbang dan risau, itu sahaja mereka ungkapkan setelah terjumpa dengan kereta terbabit.

Jika selepas ini anda masuk ke kawasan Johor Bahru dan ternampak kereta Mercedes-Benz SLK terbuka bumbungnya dan pemandu melambai-lambai ketika memandu, berhati-hatilah kerana anda bertemu dengan ‘Mercedes Legend’ di kawasan tersebut.

Dalam kisah lain pula, orang ramai kagum melihat sebuah bot kecil menarik sebuah Proton Saga melalui kawasan tasik yang luas. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Bot Kecil Tarik Proton Saga Redah Tasik Buat Orang Ramai Terpegun

Honda Secara Rasmi Tamatkan Pengeluaran Model Jazz Di Malaysia

Sumber