Kelab bolasepak di selatan Malaysia, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) telah mencetuskan sedikit ‘ribut’ di media sosial apabila mengeluarkan satu video yang dirujuk oleh para netizen sebagai ‘tidak menghormati wanita’.

Video terbaharu JDT untuk musim 2020 menampilkan beberapa ciri sama yang pernah dipertontonkan oleh jenama minuman terkenal, Pepsi pada tahun 2003 – video yang menampilkan lagenda bola sepak dunia.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Tidak pasti video itu diambil sebagai ‘rujukan’ atau sememangnya Nike mahukan look sama pada video terbaharu JDT, lapor beberapa media tempatan.

JOHOR DARUL TA’ZIM FC 2020 SEASON NIKE JERSEYS

JERSI NIKE BAHARU MUSIM 2020 KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM———JOHOR DARUL TA’ZIM FC 2020 SEASON NIKE JERSEYSHidup Johor Demi Johor#MakeWayForTheKing#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, 1 February 2020

Bermula di Arizona, US, babak pertama dimulakan dengan beberapa pemain JDT  kelihatan sedang duduk di bar sambil minum dan menghisap tembakau.

Namun seorang wanita berjaya menarik perhatian mereka dan mula membuat kebanyakkan pemain JDT tidak senang duduk. Wanita itu pula mula menari dan minum.

Sewaktu dia mahu bergerak keluar, para pemain JDT merayu kepada dia untuk kekal di bar, namun ditolak oleh wanita tersebut.

Secara tiba-tiba, salah seorang pemain JDT tampil ke hadapan dan dengan bangga serta ‘bernafsunya’ menunjukkan jersi terbaharu JDT. Apa yang menjelikkan buat netizen adalah apabila wanita tersebut begitu senang termakan dengan ‘pertunjukkan jersi baharu’ lelaki tersebut.

Mereka mula menari bersama dan diikuti oleh beberapa pemain JDT yang lain.

Salah seorang pengguna @serenitysakinah, menegaskan bahawa video ini tidak menghormati wanita dan lebih teruk lagi apabila melihat wanita sebagai objek seksual.

Manakala @shvfvziz pula merasakan bahawa video terbaharu JDT ini low class dan tidak mencapai tahap profesional. Bagi @nadfrhns, beliau tertanya-tanya kenapa wanita menjadi objek paling utama untuk pelancaran jersi terbaharu JDT.

Terdapat juga beberapa pengguna Twitter yang memberi cadangan agar pelancaran jersi terbaharu JDT ini sepatutnya lebih bertemakan Johor.

Video ini sebenarnya ada jalan cerita, tetapi tidak kena dengan tujuan asal video ini dibuat. Disebabkan itu, ia telah meninggalkan terlalu banyak tanda tanya dan jawapan yang diberi kurang memuaskan.

Jika wanita tersebut adalah simbolik kepada ‘kemampuan kelab JDT menarik perhatian orang’, ia masih boleh dipotretkan dengan cara yang tidak menjerumus kepada ‘wanita adalah suatu objek’.

JDT adalah kelab paling berjaya di Malaysia, mereka adalah kelab yang mengejutkan persatuan bolasepak negeri lain untuk bangun dari tidur. Hasilnya, kelab-kelab lain mula berkembang seperti JDT.

Tetapi sedikit mengecewakan apabila video ini datang dari kelab yang sudah mula mendapat nama di peringkat antarabangsa.

Mungkin JDT boleh mengkaji bagaimana Juventus melancarkan jersi baharu yang menarik perhatian orang dengan lebih positif. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Juventus Berjaya Tarik Perhatian Ramai Dengan Pelancaran Jersi Away 2018/19

Puma Lancarkan Jersi Manchester City Bertemakan Sejarah Bandar Manchester

 

Anda Mungkin Suka