Setakat hari ini, Malaysia sudah mencatatkan lebih 9,000 kes wabak COVID-19 di seluruh negara. Sejak itu, beberapa tindakan susulan bagi mencegah wabak ini telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.

Memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial adalah antara SOP yang diketengahkan oleh pihak KKM bagi mencegah wabak COVID-19 di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, lain pula yang terjadi di Terminal Feri Kuala Perlis, semalam, selepas pengunjung dilihat tidak mempedulikan arahan KKM dan SOP yang telah di tetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Situasi kepadatan pengunjung ini terjadi disebabkan beberapa feri di sebelah pagi dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi terpaksa menunda perjalanan mereka di atas faktor air cetek.

Ia menyebabkan ratusan pengunjung berkumpul dan mula beratur di luar terminal kerana jumlah pengunjung yang berada di dalam premis sudah mencapai kapasiti maksimum.

Walaubagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew yang bertanggungjawab menghantar 12 anggota keselamatan bagi mengawal keadaan di terminal berkenaan berkata perjalanan feri kembali seperti normal pada tengah hari selepas situasi air mula pasang.

Terdahulu, tauke Nasi Kandar Salleh bakal disaman RM1 juta oleh penduduk Napoh kerana gagal mematuhi SOP sehinggakan mencetuskan kluster baharu di Kedah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Tauke’ Nasi Kandar Salleh Bakal Disaman RM1 Juta Oleh Penduduk Napoh

 

Sumber