Sebuah akhbar berbahasa cina, Oriental Daily hari ini melaporkan seorang pelajar kolej berusia 18 tahun yang dipercayai mabuk telah dipukul oleh orang ramai selepas merempuh kenderaan lain di Bukit Bintang menuju ke Kampung Pandan.

Dia yang dilaporkan melanggar lampu isyarat pada kejadian pukul 11.30 malam pada 6 Disember lalu cuba melarikan diri setelah merempuh kenderaan lain, namun telah ditangkap oleh orang ramai yang berada di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Suspek pula dikatakan telah dipukul oleh orang ramai sementara yang lain pula menghamburkan makian terhadap remaja yang cuba melarikan diri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, ketika kejadian, suspek bersama dua rakannya, berusia 18 dan 19 tahun berada di dalam kereta.

“Kereta itu melanggar lampu isyarat merah dan merempuh kenderaan lain semasa kejadian, tetapi untungnya ia tidak menyebabkan korban jiwa,” katanya.

Dia menambah bahawa polis tiba di tempat kejadian setelah menerima laporan dan melakukan ujian alkohol ke atas pelajar tersebut, dan mendapati kandungan alkohol dari pelajar berusia 18 tahun tersebut melebihi had yang ditetapkan. Dia kemudian ditangkap di tempat kejadian.

“Pemandu yang menyebabkan kemalangan itu didakwa di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tetapi kerana dia berada di bawah umur dalam undang-undang yang berkaitan, dia dibebaskan dengan jaminan RM4,000,” kata Zulkefly sambil menambah bahawa polis juga akan melakukan penyiasatan di bawah Seksyen 79 (2) undang-undang yang sama.

Terdahulu, kumpulan ‘Food Delivery’ dikatakan mengamuk dengan seorang pemandu BMW. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Amuk Geng ‘Food Delivery’, Pemandu BMW Dipukul Dan Dikejar Penunggang Motosikal