Sebuah filem seram baharu dilaporkan sangat menyeramkan dan melampau sehinggakan penonton yang menontonnya pengsan, muntah dan meninggalkan teater.

Ia telah ditayangkan di pawagam di Amerika Syarikat bersempena sambutan Halloween di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Filem ini telah menerima pujian yang meluas daripada penonton dan pengkritik dan pada masa ini mempunyai rating 90% pada Rotten Tomatoes.

Walaupun nampaknya filem ini terlalu menyeramkan bagi sesetengah orang, tetapi rating menaik kerana keseraman serta ketakutan itu dapat dirasai oleh penonton.

Seorang peminat di laman Twitter mengatakan Terrifier 2 menampilkan beberapa pembunuhan paling keji dan menjijikkan yang tidak dapat dibayangkan oleh imaginasi manusia dan mempunyai adegan seperti ini dalam tempoh lima minit.

Filem ini telah menjadi bualan ramai dan ada peminat tegar filem seram yang menontonnya lebih daripada sekali kerana ia ‘lain daripada yang lain’.

Sesetengah pempamer turut menyediakan ‘Vomit Bag’ untuk para penonton yang menonton Terrifier 2.

Menerusi laman Twitter ini, salah satu komen juga mengatakan dengan pemberian atau penyediaan ‘Vomit Bag’ dapat menjadi kenang-kenangan yang indah.

Steven Barton, salah seorang penerbit Terrifier 2 terpaksa mengeluarkan amaran tentang filem itu kerana terdapt banyak adegan keganasan dan seram sepanjang filem ini.

Walau bagaimanapun, jelas bahawa filem ini memberi kesan besar kepada pengkritik dan penonton kerana mereka dapat merasakan apa yang berlaku di dalam filem tersebut. Adakah filem ini akan ditayangkan di Malaysia? Besar kemungkinan tidak.