Peningkatan penggunaan kenderaan telah menyebabkan kekurangan tempat letak kereta berlaku di serata tempat, lebih-lebih lagi tempat tumpuan ramai. Oleh sebab itu, ada yang terpaksa double park untuk

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok ada memuat naik video di mana sebuah Toyota Vios dipenuhi dengan sampah-sarap pada bahagian cermin hadapan dan bumbung kereta tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@choyweikit

omg🤭🤣🤣😂

♬ bunyi asal – muhamad yusof ghazali – muhamad yusof ghazali

Berdasarkan komen-komen yang dikongsikan oleh orang ramai, mereka mendakwa kereta Vios tersebut ‘dihukum’ sebegitu kerana melakukan tiga kesalahan serentak — meletakkan kereta secara double park, tarik handbrake dan tidak meninggal nombor telefon untuk dihubungi.

Ramai yang menyokong ‘hukuman’ tersebut dibuat sebagai satu pengajaran yang tidak dapat dilupakan oleh pemandu Vios itu dan ianya ‘lebih baik’ daripada mana-mana bahagian kereta tersebut ‘dirosakkan’ oleh orang ramai.

Pada masa yang sama, ada juga kurang bersetuju kereta tersebut ‘dihukum’ sedemikian kerana apabila pemandu Vios sudah pasti itu kembali nanti, dia pasti akan meninggalkan sampah-sampah tersebut berlonggokkan begitu sahaja di atas jalan.

Sumber Gambar: TikTok @choyweikit
Sumber Gambar: TikTok @choyweikit
Sumber Gambar: TikTok @choyweikit
Sumber Gambar: TikTok @choyweikit
Sumber Gambar: TikTok @choyweikit
Sumber Gambar: TikTok @choyweikit
Sumber Gambar: TikTok @choyweikit

Video TikTok itu telah meraih lebih 900,000 kali tontonan dan orang ramai masih lagi ‘berdebat’ sama ada tindakkan tersebut wajar ataupun tidak untuk mengajar segelintir pemandu yang melakukan kesalahan double park, tarik handbrake dan tidak meninggalkan nombor telefon serentak sehingga mengganggu orang lain.

Anda boleh baca kisah lain mengenai pomen bengkel berjanji mahu siapkan kereta pelanggannya dalam secepat yang mungkin setelah mangsa viralkan keadaan terkini keretanya yang sudah terbengkalai hampir masuk dua tahun.

Tular Video Proton Wira Togel, ‘Pomen’ Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu

Walaupun Nampak ‘Uzur’, Orang Ramai Tergamam Lihat Proton Saga Mampu Tarik Lori Treler

Pandu Secara Berbahaya, Pemandu Proton Persona Ini Patahkan Cermin Sisi Myvi

Sumber