Insiden ‘menyelit’ kerana mahu mengelak bayar tol bukan satu perkara yang asing di negara kita ini. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja dilakukan oleh pengguna kereta, bahkan ia turut melibatkan motosikal yang menggunakan laluan tol yang sama.

Pada awal pagi tadi, salah seorang ahli Facebook Group YDLAA telah berkongsi sebuah rakaman video dashcam di mana dia berjaya menggagalkan cubaan sebuah kereta Honda City yang cuba menyelit dibelakangnya untuk mengelak dari membayar tol di laluan Touch ‘n Go.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Posted by Zulfadhli Sabri on Thursday, August 19, 2021

Daripada rakaman video dashcam tersebut, lelaki ini telah membuat keputusan yang bijak dengan memperlahankan lalu memberhentikan kenderaannya apabila melepasi palang tol agar kereta Honda City itu terpaksa mengundurkan lalu ‘tersangkut’ di laluan tol tersebut.

Setelah berjaya mengenakan Honda City tersebut, lelaki itu meninggalkan kawasan tol tersebut dengan satu gelak panjang kepuasan. Hantaran ini telah mendapat ratusan komen dari orang ramai yang turut sama berasa puas hati melihat gelagat Honda City yang terkantoi itu.

vocket-honda-city-menyelit-lari-tol-1

Sumber Gambar: Facebook Group YDLAA

vocket-honda-city-menyelit-lari-tol-2

Sumber Gambar: Facebook Group YDLAA

vocket-honda-city-menyelit-lari-tol-3

Sumber Gambar: Facebook Group YDLAA

Posted by Zulfadhli Sabri on Thursday, August 19, 2021

Anda boleh dengar dengan jelas ‘gelak kepuasan’ lelaki ini selepas mengajar pemandu Honda City yang cuba mengelak dari membayar tol melalui dua video yang kami kongsikan di atas.

Harapnya selepas ini orang ramai boleh mengambil iktibar dan menjadi pengguna jalan raya yang amanah dengan membayar tol setiap kali menggunakan laluan tersebut.

Dalam satu insiden lain, seorang lelaki telah berhadapan dengan pemandu Myvi yang cuba menyelit di belakang kenderaannya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Diekori Myvi Elak Bayar Tol, Lelaki Ini Kongsi Detik-Detik Sebelum Kejadian Di LPT

Netizen Terpegun Dengan Skil Pemandu Myvi Ini Untuk Elak Bayar Tol

Kereta Langgar Palang Tol, Gara-Gara Motosikal Menyelit Di Laluan ‘SmartTag’

Anda Mungkin Suka