Setiap kali ada motosikal lalu ‘menyelit’ di sebelah kenderaan kita, pasti akan timbul sedikit perasaan kurang senang apabila melihat cara penunggang membawa motosikal tersebut.

Namun, geng motosikal yang jugalah yang paling banyak memberhentikan kenderaan dan berkerjasama apabila berlaku sebarang kemalangan tidak kira apa jua jenis kenderaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini netizen telah memuji satu ‘geng motosikal’ yang membantu keluarkan sebuah kereta Perodua Kancil yang tersangkut di dalam longkang akibat kemalangan.

Sumber Gambar: Facebook Paradise Generation

Hantaran video pendek berdurasi hampir 1 minit itu dipenuhi dengan pujian orang ramai serta ucapan terima kasih kerana mereka sudi membantu pengguna jalan raya lain yang berada di dalam kesusahan.

Tambah orang ramai lagi, bukan semua geng motosikal ini bermasalah, hanya segelintir sahaja yang membuat hal. Jadi tidak boleh pukul rata semua penunggang motosikal mengganggu ketenteraman awam.

Sumber Gambar: Facebook Paradise Generation
Sumber Gambar: Facebook Paradise Generation
Sumber Gambar: Facebook Paradise Generation
Sumber Gambar: Facebook Paradise Generation
Sumber Gambar: Facebook Paradise Generation

Setakat artikel ini ditulis pada pagi ini, hantaran video ini telah menerima lebih 800 komen dan 800 kali perkongsian daripada orang ramai yang bersama-sama mendoakan kesejahteraan atas perbuatan murni semua geng motosikal terlibat.

Sementara itu, anda boleh baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu lalu melalui pautan di bawah.

Kapal Layar ‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Rakaman Lelaki Tiba-Tiba Terjun Dalam Tasik Cermin Ini Undang Persoalan Orang Ramai

‘Macam Tapak Pasar Malam’- Ruang Kecil Di Chow Kit Ini Disewakan Dengan Harga RM450 Raih Perhatian Netizen

Sumber