Setelah hampir sebulan platform dan aplikasi MyBayarSaman dilancarkan, orang ramai telah mengambil peluang merebut diskaun untuk menjelaskan bayaran saman pada kadar yang lebih murah.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT) mengatakan sebanyak 814,622 saman lalu lintas berjumlah RM89.02 juta telah dijelaskan sejak pelancaran MyBayar Saman pada 25 Mac lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-mybayarsaman-kumpul-rm90-juta
Sumber Gambar: Harian Metro

“Pengguna memanfaatkan tawaran diskaun 50% untuk saman melalui MyBayar Saman, yang berakhir pada hari Khamis. Pada hari terakhir sahaja, 38,306 saman berjumlah RM4.2 juta telah dijelaskan.

“Sambutan terhadap perkhidmatan ini sangat menggalakkan. Kami telah mengenal pasti beberapa aspek yang boleh diperbaiki untuk meningkatkan mutu perkhidmatan,” terang beliau.

Sehingga hari ini, aplikasi dan portal web MyBayar Saman mempunyai sejumlah 814,622 pengguna berdaftar. Ia telah menjadi satu-satunya penyedia sistem pembayaran online untuk orang ramai membayar saman yang dikeluarkan oleh polis.

Pada bulan Mac lalu, pihak PDRM telah menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk saman trafik yang terpilih.

Canggih Dan Mudah, PDRM Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Guna ‘MyBayarSaman’

Kantoi Guna Nombor Plat ‘Fancy’ Semasa Pergi Kerja, Polis Saman Polis

Pemilik Kenderaan Ekzos Bising Boleh Didenda Atau Penjara Enam Bulan