Setelah beberapa kali tular mengenai isu ‘cop parkir’ di beberapa kawasan perumahan, baru-baru ini Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah memulakan operasi menyita barangan-barangan yang digunakan untuk menanda kawasan letak kereta terbuka.

Operasi tersebut diadakan di Rumah Pangsa Kos Rendah 420, Bandar Baru Ampang & Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Bakti, Taman Cempaka, berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai.

Antara barangan milik segelintir penduduk rumah pangsa yang disita oleh pihak MPAJ dalam operasi itu ialah kon keselamatan dan penghadang jalan, tong cat, botol air, pasu bunga, kotak polisterin, kerusi plastik serta batu-bata.

Sumber Gambar: Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi
Sumber Gambar: Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi
Sumber Gambar: Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi

Perkongsian MPAJ itu telah telah mendapat perhatian dan sokongan ramai, dengan cara itu sedikit sebanyak dapat ‘mengajar’ segelintir penduduk bermasalah supaya tidak mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan.

Netizen juga memberi cadangan agar menaikkan papan tanda di kawasan-kawasan perumahan yang mempunyai masalah ‘cop parkir’ ini sebagai satu peringatan.

Sumber Gambar: Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi
Sumber Gambar: Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi

Netizen juga berharap agar majlis perbandaran di tempat-tempat lain juga dapat berbuat perkara sama agar perkara ini tidak melarat sehingga membawa mudarat kepada penduduk sekitar kawasan perumahan.

Sebagai satu peringatan untuk kita semua, ‘cop parking’ ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu anda boleh baca lagi beberapa kisah mengenai ‘cop parkir’ yang tular menjadi bualan ramai melalui pautan di bawah.

Netizen Selar Tindakan Penduduk Flat Selamba Cop Parkir Guna Tong Sampah Dan Motosikal

‘Ini Bukan Kondominium!’ – Netizen Kecewa Mentaliti Pentingkan Diri Segelintir Penduduk PPR Cop Parkir

Tidak Mahu Mengalah, Wanita Ini ‘Keraskan Badan’ Untuk Cop Parkir Kosong

Sumber