Kajian terbaharu dari saintis AS mendapati bahawa mereka yang tidak mengambil vaksin COVID-19 akan terdedah kepada risiko kematian dan dimasukkan ke unit kecemasan hospital. Kajian ini melibatkan 600,000 kes COVID-19 di 13 negeri sekitar AS dari April hingga pertengahan Julai.

Ketika varian delta semakin menyebar jauh ke seluruh dunia, para saintis mendapati bahawa mereka yang tidak mengambil vaksin lebih terdedah kepada wabak COVID-19 berbanding mereka yang diberi vaksin. Manakala risiko untuk masuk ke hospital dan risiko terdedah kepada kematian juga tinggi, lapor CNBC yang memetik kajian dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Vaksinasi berjaya,” kata Dr. Rochelle Walensky, pengarah CDC. “Kami mempunyai alat saintifik yang kami perlukan untuk mengelak wabak ini, “katanya semasa taklimat Rumah Putih baru-baru ini.

Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan AP News, data sebelum ini telah menunjukkan bahawa perlindungan terhadap jangkitan coronavirus semakin berkurang. Ia adalah 91 peratus pada musim bunga tetapi 78 peratus pada bulan Jun dan Julai, lapor kajian tersebut.

Kes yang disebut “breakthrough” dalam vaksinasi lengkap telah menyumbang 14 peratus dari kemasukan ke hospital dan 16 peratus kematian pada bulan Jun dan Julai lalu, kira-kira dua kali ganda peratusan pada awal tahun ini.

Memetik laporan Independent, kenaikan peratusan itu tidaklah mengejutkan para pakar kerana tidak ada kenyataan yang mengatakan bahawa vaksin itu sempurna dan para pakar kesihatan juga telah memberi peringatan betapa pentingnya untuk mengambil vaksin.

Untuk rekod, di Malaysia lebih 17 juta atau 52.1 peratus rakyat di negara ini yang sudah mendapatkan vaksinasi lengkap. Manakala lebih 21 juta atau 65.19 peratus rakyat Malaysia yang sudah mendapatkan vaksin untuk dos pertama. Bagi yang tidak mendaftar pula adalah sebanyak 8 juta orang, iaitu kira-kira 26.5%.

Ini apa yang anda perlu tahu mengenai vaksin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Vaksin Percuma Untuk 6.4 Juta Rakyat Malaysia, Apa Yang Anda Perlu Tahu