Semalam berakhirnya jualan hebat 11.11 dan pasti ada daripada anda yang tertewas dengan promosi hebat yang ditawarkan. Mungkin disebabkan anda leka dengan jualan hebat, anda tidak tahu kejutan yang dibawakan oleh McDonald’s Malaysia semalam.

McDonald’s Malaysia tampil perkenalkan beberapa menu pencuci mulut baharu yang pastinya akan membangkitkan selera anda. Pencuci mulut tersebut adalah pie berperisa Oreo dan beberapa seleksi aiskrim nestum.

Bagi kami, menu baharu ini cukup menarik lagi-lagi kami menyukai biskut Oreo yang sedap dimakan begitu sahaja. Kami telah ke McDonald’s cawangan Kota Damansara untuk mencuba sendiri menu baharu ini.

photo_2019-11-12_14-14-18

photo_2019-11-12_14-14-28

Bagaimana dengan rasanya? Pada gigitan pertama telah berjaya memukau deria rasa kami kerana gabungan filling dan crust dia cukup sempurna. Rasanya yang tidak terlalu manis tidak akan membuat anda muak dan boleh nikmati ia banyak kali.

Anda boleh dapatkan Oreo Cookie & Cream Pie ini di kesemua cawangan McDonald’s seluruh Malaysia dan ia berharga RM3.73 sahaja. Nak lebih sedap, anda boleh makan pie ini bersama aiskrim.

photo_2019-11-12_14-14-43

photo_2019-11-12_14-13-54

Bercakap tentang aiskrim, McDonald’s kini hadir dengan dua perisa aiskrim yang berasaskan nestum iaitu Nestum McFlurry dan Nestum Chocolate McFlurry. Kami telah mencuba Nestum Chocolate McFlurry disebabkan kami memang penggemar coklat.

Gabungan rasa antara nestum dan coklat boleh dikatakan gabungan terbaik. Harga aiskrim ini hanyalah RM6.13 sahaja. Jika anda masih belum mencuba pencuci mulut ini, anda harus cuba segera di cawangan McDonald’s terdekat anda sementara stok masih ada.

Di bawah ini kami senaraikan beberapa menu yang pernah diperkenalkan oleh McDonald’s Malaysia. 

Menu Popular McShaker Fries Kini Kembali Di McDonald’s Malaysia

Pedas Sangatkah ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’ McDonald’s Ini?

McDonald’s Perkenalkan Sos ‘Salted Egg’ Untuk McNuggets Dan Kentang Goreng