Nampaknya Oreo bakal tampil dengan bungkusan baharu bagi meraikan siri terakhir Game of Thrones. Kerjasama tersebut telah diumumkan di laman Instagram rasmi Oreo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya kolaborasi ini, ia akan menampilkan pembungkusan yang berbeza dimana bersesuaian dengan ciri-ciri siri Game of Thrones itu sendiri. Malah, biskut Oreo ini tidak akan dijual secara eksklusif yang membolehkan peminat setia siri Game Of Thrones membeli biskut Oreo edisi khas ini.

Walau bagaimanapun, bila biskut ini akan berada di pasaran masih belum diketahui berikutan siri terakhir Game of Thrones cuma akan menemui penonton 14 April depan.