Pastinya anda cukup mengenali jenama Oreo yang terkenal sebagai jenama biskut popular seluruh dunia. Kini, Oreo berkolaborasi dengan Taste Beauty tampil dengan “Stuf” lip balm edisi terhad.

Menariknya koleksi Oreo x Taste Beauty “Stuf” lip balm ini, lip balm ini berbau krim oreo dan pembungkusannya menampilkan corak biskut oreo itu sendiri. Pastinya lip balm ini bakal menjadi rebutan buat peminat biskut Oreo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang ingin mendapatkan koleksi edisi terhad ini, anda boleh dapatkan pada 15 Februari ini melalui pertandingan yang dianjurkan diĀ laman sesawang Oreo. Pertandingan tersebut akan berakhir pada 6 March bersempena dengan Hari Oreo Sedunia.