Tidak perlu dinafikan lagi bahawa Oreo merupakan antara biskut yang sedap dan sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja. Pastinya berita ini akan membuatkan anda teruja.

Biskut kegemaran ramai iaitu Oreo kini tampil dengan perisa baharu iaitu red velvet. Bagi anda yang gemar makan kek perisa red velvet, anda patut cuba Oreo terbaharu ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2019-11-26_15-48-11

Kami telah mencuba sendiri biskut oreo ini dan bagi kami kombinasi rasa antara keju dan red velvet cukup menarik dan sedap. Pada gigitan pertama sudah rasa manis red velvet tetapi kemudiannya rasa bertukar seperti rasa Oreo yang biasa. Sebenarnya lebih sedap jika makan bersama susu kerana rasa akan lagi ‘kick’.

photo_2019-11-26_09-28-50

Kami agak terkejut dengan harga yang diperkenalkan kerana ia merupakan keluaran edisi terhad tetapi berharga RM3.60 sahaja. Murah bukan? Jika anda belum mencuba Oreo ini, anda boleh dapatkan di cawangan 7 Eleven terdekat anda. Malangnya, Oreo ini tidak dijual di Langkawi.

Dapatkan segera sementara masih ada! Adakah anda sudah mencuba Oreo Cookies & Cream Pie di McDonald’s?

‘Oreo Cookies & Cream Pie’ Antara Menu Baharu Diperkenalkan McDonald’s Malaysia

Oreo Perkenalkan Corak Biskut Istimewa Sempena Musim Terakhir Game of Thrones