Servis berbayar baru dari EA, Origin Access yang mula beroperasi bulan lepas di beberapa negara seluruh dunia membolehkan gamers bermain apa saja permainan yang mereka mahu dari katalog yang terdapat di Origin Access. Kini, servis berbayar ini sudah available untuk gamers di Malaysia.

Origin Access ini berfungsi seperti Netflix tetapi ianya versi permainan video. Buat masa sekarang, antara permainan yang terdapat dalam katalog Origin Access adalah The Sims 3, Battlefield Hardline, Battlefield 4, Battlefield 3, Dragon Age: Inquisition, FIFA 15, Need for Speed Rivals dan SimCity.

origin 1

origin

Bukan itu saja. Gamers boleh juga cuba main permainan video baru dalam mode ‘Play First Trials’. Jadi pemain boleh bermain permainan baru itu untuk satu tempoh dan jika anda membeli permainan itu, anda boleh terus sambung permainan tanpa perlu mula semula dari awal permainan. Dan setiap subscribers Origin Access akan dapat 10 peratus diskaun terhadap game yang mereka mahu beli.

Harga langganan bulanan servis ini adalah SGD6.45 (lebih kurang RM19) dan ianya berbaloi dengan jumlah game yang ditawarkan. Walaupun permainan-permainan ini dari judul yang lama, tapi server untuk bermain game contohnya Battlefield 4 secara online sudah cukup untuk menarik gamers untuk melanggan servis ini. Tambahan lagi, EA akan menambah bilangan permainan di dalam katalog Origin Access dari masa ke semasa.

Sumber