OSRA Exclusive Muslimah Attires (sebelum ini dikenali sebagai OSRA Boutique) telah ditubuhkan pada Mei 2014. Nama OSRA Exclusive Muslimah Attires diambil daripada perkataan Arab ‘Usrah’ yang bermaksud keluarga.

OSRA Exclusive Muslimah Attires menyediakan pelbagai jenis abaya yang sopan dan moden memenuhi keperluan syariah dan trendy. Pakaian-pakaian yang dijual oleh OSRA Exclusive Muslimah Attires merupakan salah satu jenama paling laris dalam talian sejak ditubuhkan.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Bersempena koleksi Februari 2016, OSRA Exclusive akan bekerjasama dengan penyanyi terkenal, Tasha Manshahar.

Tasha Manshahar Collection direka secara inovatif dan eksklusif dibuat untuk disesuaikan dengan trend hari ini, menjadikan anda kelihatan lebih elegan. Cape yang pada asalnya direka pada tahun 1890-an ditambah baik dan OSRA membawanya masuk semula ke arus fesyen zaman kini.

Tasha Manshahar Collection dibuat daripada Como Crepe yang selesa, manakala cape dibuat menggunakan Ferraro Crepe. Sudah pasti, ia dicipta untuk menjadi wudhu’ friendly dan boleh terus dibawa bersolat. Ia juga sesuai untuk ibu-ibu yang fashionista kerana ia mempunyai zip untuk menyusu. Terdapat 5 warna memikat sesuai untuk citarasa anda. Sama ada anda menyukai warna yang berani atau warna-warna pastel, OSRA sediakannya untuk pilihan anda.

Pelancaran Tasha Manshahar Collection akan diadakan pada 13 Februari 2016 (Sabtu). Orang ramai dijemput untuk menghadiri majlis di OSRA BANGI, dari jam 11:00 pagi sehingga 6 petang.

Program:

1. Meet & greet bersama-sama Tasha Manshahar di Osra Bangi, 2 petang.

2. Dengan setiap pembelian Tasha Collection, pelanggan akan mendapat baucer RM10 yang boleh digunakan semasa pembelian selanjutnya.

3. RM 1 akan didermakan untuk kebajikan – Surau Sekolah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan.

4. Cabutan bertuah. Menangi Pandora by Tasha. Peraduan berakhir 27/2/2016 .
Cenderahati untuk 10 pelanggan terawal Tasha Collection.

Koleksi ini boleh dibeli secara online (www.osraboutique.com) dan butik fizikal di:

1. #OsraBangi

Alamat: No 3A-57-02, Jalan Medan PB8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-87508111
Masa Operasi: 11.00 pagi – 6.00 petang/ Selasa-Ahad. Tutup pada hari Isnin.

2. #OsraJB

Alamat: No 3 UDA Business Centre, Jalan Padi Emas 1/4, 81200 Johor Bahru
Telefon: 07-2314914
Masa Operasi: 11.00 pagi – 6.00 petang/ Selasa-Ahad. Tutup pada hari Isnin.

3. #OsraShahAlam

Bella Ammara, Shah Alam
Alamat: 17, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Telefon: 03-55239583
Masa Operasi: 11.00 pagi – 6.00 petang (Dibuka setiap hari)

BACA: Bella Ammara Menembusi Pasaran Antarabangsa Dengan Haute Bella No. 1

Anda Mungkin Suka