Untuk peminat peminat lumba kereta mesti tidak mahu melepaskan filem perlumbaan kereta terbaru, KL Wangan yang akan ditayangkan di pawagam pada 21 Disember 2017. Filem ini berkisar tentang dua watak Hong dan Yudi yang berkongsi sejarah berlumba kereta di jalanan menggunakan kereta kereta biasa sehinggalah kereta kereta berkuasa tinggi.

Soundtrack rasmi KL Wangan dihasilkan oleh Alimet bersama sama dengan video muzik yang menampilkan Faizal Hussein dan Pekin Ibrahim. Dalam video muzik ini dapat dilihat Faizal Hussein rap dan lirik lagunya memang menarik dan kena dengan tema lumba kereta. Tonton video muzik di atas dan kongsikan pandangan anda.