Biasa beli makanan di restoran dan makanan berkenaan terlebih minyak, tidak fresh dan macam-macam lagi yang hilangkan selera makan anda? Anda tidak keseorangan kerana ramai yang pernah mengalaminya.

Sebenarnya hidangan yang terbaik untuk keluarga adalah makanan yang kita masak sendiri di rumah. Sekarang ini pun lebih mudah sebab ada alatan elektrik yang akan bantu kita masak.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama Panasonic? Rasanya ramai yang dibesarkan dengan produk Panasonic yang tersedia di dapur. Selari dengan perkembangan teknologi, Panasonic kini hadir dengan ketuhar berteknologi terkini yang akan memudahkan lagi proses memasak anda di dapur iaitu Panasonic Big Cubie Oven (NU-SC300BMPQ).

Apa yang menariknya tentang Panasonic Big Cubie Oven? Sangat banyak. Set makan malam anda dapat disediakan lebih cepat jika menggunakan Oven ini. Untuk makanan yang lebih sihat, sebenarnya kita perlu elakkan makanan bergoreng. Jadi di sini Big Cubie Oven akan main peranan.

Superheated Steam merupakan salah satu fungsi masakan unik yang terdapat pada Big Cubie Oven. Cara masakan ini juga sangat sihat kerana ia dapat mengurangkan lemak dan minyak pada masakan anda.

Masakan dengan teknik ini dapat menghasilkan hidangan yang crispy di bahagian luarnya tetapi mengekalkan kelembutan dan juiciness makanan yang dimasak. Disebabkan itu, teknik superheated steam ini semakin popular di seluruh dunia. Bukan sahaja sedap, hidangan anda juga lebih sihat daripada biasa.

Selain itu, anda juga boleh menghasilkan hidangan stim dengan 3 pilihan stim iaitu Low-Temp Steam (80°C), Med-Temp Steam (100°C) dan Slow Steam (90°C). Stim juga merupakan satu lagi teknik masakan yang sihat untuk anda. Makanan yang distim sebenarnya dapat mengekalkan vitamin, mineral dan enzim lebih berbanding cara masa yang lain.

Stim juga bagus kerana ianya dapat melembutkan fiber dalam sayur, menjadikannya lebih mudah untuk dicerna dan nutriennya terus diserap oleh badan.

Tidak terhad kepada masakan jenis steam sahaja, cara masakan lain seperti stu, perolakan gril dan gorengan sihat turut boleh dibuat dengan oven ini. Pendek kata, oven ini sangat serba boleh. Ikut sahaja mood anda untuk masak hidangan apa untuk hari tersebut.

Big Cubie Oven ini turut hadir dengan panel Electrostatic Touch Panel Control yang mudah untuk anda gunakan. Ketuhar sekarang pun sudah ada touch screen tahu? Ditambah lagi dengan rekaannya yang elegan dan dilengkapi teknologi canggih, sajian anda akan sentiasa sempurna bila-bila masa sahaja.

Sejajar dengan slogan Panasonic Cooking iaitu Healthy Everyday, inovasi terbaru Panasonic ini adalah ciptaan khas untuk para suri rumah dan working mother di luar sana. Harga pasaran untuk Big Cubie Oven (NU-SC300BMPQ) ini adalah RM 2,799, pelaburan yang pastinya berbaloi dengan sajian sempurna yang anda akan dapat setiap hari.

Untuk maklumat lanjut untuk Big Cubie Oven ini, anda boleh tekan di sini. Dengan setiap pembelian Big Cubie Oven, anda akan menerima Thermocafe 2-Tier Lunch Box dan Panasonic Big Cubie Oven Cookbook edisi terhad daripada Panasonic (sementara stok masih ada).

https://youtu.be/6nyEQ3z10Bw

Tidak lupa juga, Panasonic turut mempunyai banyak resipi khas yang anda boleh lihat secara PERCUMA. Jika anda tiada idea apa untuk masak hari ini, tekan sahaja pada link ini. Selamat mencuba!

Untuk anda yang gemar memasak, ini beberapa menu sedap lain yang anda boleh buat sendiri di rumah.

Resipi ‘Beef Prosperity Burger’ Ala McDonald’s Yang Lazat Dan Mudah Anda Kena Cuba

Ini Resipi ‘Beef Schnitzel’ Yang Mudah Dan Menyelerakan Untuk Bekal Anak Ke Sekolah