Jika anda pernah menonton perlawanan bola sepak yang membabitkan pasukan Arsenal, pasti anda akan mengenali atau pernah terlihat maskot pasukan itu yang memakai kostum menyerupai dinosaur sebelum ini.

Maskot berupa dinosaur hijau dikenali dengan nama Gunnersaurus itu sering membuat kemunculan sebelum perlawanan di gelanggang sendiri mereka di Emirates Stadium.

06xp-match-articleLarge
Gunnersaurus Bersama Penyokong Arsenal sebelum perlawanan. FOTO: NY TIMES

Bagaimanapun maskot yang dimainkan oleh pekerja bernama Jerry Quy sejak daripada 1993 dilaporkan telah dibuang kerja sebagai sebahagian daripada usaha kelab London itu untuk berjimat tatkala berdepan pandemik COVID-19.

Pihak kelab pada masa sama menjelaskan Gunnersaurus akan kembali diambil bekerja selepas situasi COVID-19 reda dan penonton dibenarkan kembali untuk memasuki stadium selepas ini.

Bagaimanapun, menurut laporan Al Jazeera, Arsenal tidak menjelaskan sama ada Jerry akan terus menjadi lelaki di sebalik kostum yang sangat sinonim dengan penyokong The Gunners itu.

Kecewa dengan perkhabaran tersebut, pemain bintang Arsenal Mesut Ozil kemudiannya tidak menunggu lama apabila datang untuk menyelamatkan dinosaur kesayangan ramai itu daripada terus ‘pupus’.

Perkara itu dimaklumkan sendiri beliau melalui satu ciapan yang dibuat di akaun Twitter-nya pada malam tadi.

“Saya sangat sedih Jerry Quy aka maskot setia dan terkenal kita yang juga sebahagian daripada kelab telah dilepaskan setelah 27 tahun.

“Oleh itu, saya akan memberikan Arsenal wang untuk menggaji secara penuh ‘abang hijau besar’ kita selama mana saya masih menjadi pemain Arsenal,” jelasnya.

Ozil sebelum ini sentiasa mencuri perhatian dengan ‘kerja luar’ yang dilakukannya berkait aktiviti kemanusiaan di seluruh dunia. Baca mengenainnya melalui pautan di bawah. 

China Keluarkan Mesut Ozil Daripada PES 2020 Kerana Mempertahankan Kaum Muslim Uighur

Ozil & Gundogan Diberi Amaran Kerana Menyokong Presiden Turki

Kontroversi Muslim Uighur Antara Sebab adidas Mahu ‘Buang’ Mesut Ozil